26/10/2026
⛽🚗 PARKIR DENGAN BETUL, KESELAMATAN DIUTAMAKAN! ❤️💛
Tahukah anda? Kedudukan kereta yang tidak betul semasa mengisi minyak boleh menyebabkan hos pam (hose nozzle) tertarik atau tercabut.
✅ Pastikan kedudukan tangki minyak kereta anda sebelum memasuki ruang pam.
✅ Parkir di sebelah pam yang sesuai dengan kedudukan tangki minyak.
✅ Pastikan jarak kereta dengan pam bersesuaian supaya hos tidak terlalu tegang.
✅ Matikan enjin sebelum mengisi minyak.
✅ Patuhi arahan keselamatan dan panduan kakitangan stesen.
Jom kita sama-sama mengamalkan cara parkir yang betul demi keselamatan anda, kenderaan dan semua pengguna stesen minyak. 🛡️
📍 Shell Gemilang Filling Station
R&R Lama Gua Musang, Kelantan
Keselamatan Anda, Tanggungjawab Kita Bersama! ❤️💛