12/09/2019
PENJAGAAN KERETA AUTOMATIK
Ikuti tips penjagaan kereta anda dari ANS CAR SERVICE:
NO.1:
Kebiasaannya kereta AUTO ada enam “langkah” gear. Bermula dengan P, R, N, D, 2, L (bergantung kepada model kenderaan) kebiasaannya tiga langkah di bawah “N” nombornya berlainan tetapi fungsi tetap sama.
Sewaktu hendak menghidupkan enjin selepas dimatikan lebih enam jam, hidupkan suis dahulu (jangan hidupkan enjin) pastikan semua lampu panduan di meter menyala. Kemudian gerakan gear setiap langkah bermula daripada paling atas hingga ke paling bawah.
Setiap langkah perlu berhenti 2 saat. Kemudian daripada paling bawah naik kan ke “N”, (pastikan brek tangan ditarik sekuat-kuatnya) dan hidupkan enjin. Biarkan gear di “N” sahaja sehingga anda menggerakkan kenderaan. Biarkan selama 5 minit, jika 6 jam dan 10 minit jika 7 jam ke atas.
Bergantung kepada suhu meter, pastikan meter suhu naik 25 peratus sebelum memulakan perjalanan. Tujuannya untuk memastikan semua pintu gear terbuka dan mengelakkan karat berlaku di pintu-pintu gear yang jarang digunakan.
Kebiasaanya pemandu akan menggunakan langkah “D” sahaja, manakala langkah-langkah lain jarang digunakan atau tak digunakan langsung. AWAS!!! Petua ini tidak sesuai dilakukan di kawasan berbukit, pastikan di tempat yang rata sahaja.