MNR Multitech Sdn Bhd

MNR Multitech Sdn Bhd Untuk maklumat lanjut MNR Multitech Sdn Bhd sila layari :

https://mnrmultitech.com

5 Ogos 2026 | Lawatan Pemantauan Pelajar Latihan Industri UTPAlhamdulillah, MNR Multitech Sdn. Bhd. sekali lagi berbesar...
11/08/2026

5 Ogos 2026 | Lawatan Pemantauan Pelajar Latihan Industri UTP

Alhamdulillah, MNR Multitech Sdn. Bhd. sekali lagi berbesar hati menerima kunjungan daripada Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) bagi sesi lawatan dan pemantauan pelajar latihan industri. Lawatan ini melibatkan kehadiran Dr. Nik Abdul Hadi bagi meninjau perkembangan dua pelajar UTP yang sedang menjalani latihan industri di MNR Multitech, iaitu Mohammad Amir Wafi dan Ahmat Aizat.

Sesi ini turut merangkumi perbincangan mengenai perkembangan projek serta pendedahan kepada aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D), sekali gus memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan pengetahuan akademik dalam persekitaran industri sebenar. Semoga hubungan kerjasama antara MNR Multitech dan UTP terus diperkukuhkan dalam melahirkan bakat muda yang kompeten serta membuka lebih banyak peluang kolaborasi dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pembangunan modal insan, InsyaAllah.

Warga MNR Multitech Sdn. Bhd. mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Pengarah MNR Multitech, Ts. Mohd Najib Razali.Semoga...
09/08/2026

Warga MNR Multitech Sdn. Bhd. mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Pengarah MNR Multitech, Ts. Mohd Najib Razali.

Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dalam keberkatan, dilimpahkan rezeki yang luas serta dipermudahkan segala urusan dalam meneruskan kepimpinan dan usaha membangunkan MNR Multitech.

Semoga terus diberi kekuatan, hikmah dan keteguhan dalam memacu MNR ke arah pertumbuhan, inovasi dan kejayaan yang lebih besar. Semoga setiap langkah sentiasa berada dalam rahmat, redha dan lindungan Allah SWT.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada pasukan FTKKP UMPSA yang melayakkan diri dan mewakili uni...
07/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada pasukan FTKKP UMPSA yang melayakkan diri dan mewakili universiti ke pertandingan National Maker-Preneur 2025/2026.

Lebih membanggakan, barisan peserta hebat ini juga merupakan pelajar yang menjalani Latihan Industri di MNR Multitech Sdn Bhd. Semoga gabungan ilmu kejuruteraan dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berserta pendedahan praktikal di industri mampu mencetuskan idea dan inovasi yang luar biasa!

Semoga segala usaha dan kreativiti yang dipersembahkan sepanjang pertandingan ini membuahkan kejayaan, sekali gus mengharumkan nama UMPSA dan MNR Multitech Sdn Bhd di pentas kebangsaan.

📅 Tarikh: 5–9 Ogos 2026
📍 Tempat: Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya

Dirgahayu Tuanku.Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Yang Ke-67 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan...
31/07/2026

Dirgahayu Tuanku.

Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Yang Ke-67 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, kami di MNR Multitech Sdn. Bhd. menjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah serta sembah takzim ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan, kesejahteraan dan keberkatan kepada pemerintahan Tuanku dalam menaungi negeri Pahang dengan penuh hikmah, keadilan dan kebijaksanaan demi kemakmuran rakyat serta kemajuan negeri.

Daulat Tuanku.

23–26 Julai 2026 | Rangkuman MAHA Pahang 2026Alhamdulillah, sepanjang empat hari penyertaan di MAHA Pahang 2026 yang ber...
28/07/2026

23–26 Julai 2026 | Rangkuman MAHA Pahang 2026

Alhamdulillah, sepanjang empat hari penyertaan di MAHA Pahang 2026 yang berlangsung di Dataran Raub, Pahang, MNR Multitech Sdn. Bhd. berpeluang mempamerkan pelbagai hasil penyelidikan dan inovasi kepada para pengunjung, agensi kerajaan, pemain industri serta komuniti setempat. Bertemakan “Agro Lestari, Bina Negeri”, program ini menjadi platform yang amat bermakna untuk berkongsi teknologi, bertukar pandangan serta memperluaskan jaringan kerjasama.

Sepanjang pameran, pengunjung berpeluang mengenali lebih dekat produk R&D teknologi hijau MNR, inovasi makanan ternakan hasil formulasi penyelidikan, serta ekosistem itik MNR yang dibangunkan bagi menyokong pembangunan sektor agro yang lebih mampan. MNR turut berkesempatan berinteraksi dengan pelbagai pihak bagi meneroka potensi kolaborasi dalam bidang penyelidikan, pembangunan teknologi dan pengkomersialan inovasi.

MNR Multitech merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengunjung, rakan strategik dan pihak penganjur yang telah singgah ke booth kami sepanjang MAHA Pahang 2026. Semoga jalinan yang terhasil sepanjang program ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kerjasama strategik dan pembangunan inovasi yang memberi manfaat kepada industri, komuniti dan negara, InsyaAllah.

17 Julai 2026 | Sesi Jaringan & Penerangan Konsortium Oil & Gas DPMMAlhamdulillah, MNR Multitech Sdn. Bhd. telah berpelu...
27/07/2026

17 Julai 2026 | Sesi Jaringan & Penerangan Konsortium Oil & Gas DPMM

Alhamdulillah, MNR Multitech Sdn. Bhd. telah berpeluang menghadiri Sesi Jaringan & Penerangan Konsortium Oil & Gas anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang berlangsung di Anjung Melayu, Kuala Lumpur. Sesi ini memberi pendedahan mengenai hala tuju konsortium, peluang penyertaan projek serta peluang tender dalam sektor minyak dan gas. MNR turut mengikuti penerangan berkaitan kemudahan pembiayaan dan sokongan yang ditawarkan oleh Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV).

Penyertaan dalam program ini memberi peluang kepada MNR untuk memperluaskan jaringan bersama pemain industri serta meneroka potensi kerjasama strategik dalam sektor tenaga. Semoga penyertaan ini membuka lebih banyak peluang kolaborasi dan menyokong usaha MNR dalam memperkukuh pembangunan teknologi serta pengkomersialan inovasi pada masa hadapan, InsyaAllah.

23 Julai 2026 | Hari Pertama MAHA Pahang 2026Alhamdulillah, hari pertama MAHA Pahang 2026 berlangsung dengan meriah di D...
24/07/2026

23 Julai 2026 | Hari Pertama MAHA Pahang 2026

Alhamdulillah, hari pertama MAHA Pahang 2026 berlangsung dengan meriah di Dataran Raub, Pahang. MNR Multitech Sdn. Bhd. berbesar hati menerima kunjungan daripada pelbagai pengunjung yang singgah ke booth kami untuk mengenali dengan lebih dekat inovasi dan teknologi yang dibangunkan, termasuk produk R&D teknologi hijau, formulasi makanan ternakan serta ekosistem itik yang dipamerkan sepanjang program.

Terima kasih kepada semua yang telah meluangkan masa untuk berkunjung, bertanya dan berkongsi pandangan bersama kami. Bagi yang masih belum berkesempatan, MNR Multitech akan terus berada di MAHA Pahang 2026 sehingga 26 Julai 2026. Jemput singgah ke Booth 12 untuk meneroka pelbagai inovasi dan penyelesaian teknologi yang kami bawakan. Jumpa anda di sana!

Temui MNR @ MAHA Pahang 2026MNR Multitech Sdn. Bhd. akan membawakan pameran istimewa di MAHA Pahang 2026!Bertemakan “Agr...
23/07/2026

Temui MNR @ MAHA Pahang 2026

MNR Multitech Sdn. Bhd. akan membawakan pameran istimewa di MAHA Pahang 2026!

Bertemakan “Agro Lestari, Bina Negeri”, MAHA Pahang 2026 menghimpunkan pelbagai pemain industri, usahawan, agensi serta komuniti dalam mengetengahkan inovasi, teknologi dan perkembangan terkini dalam sektor agro.

Singgah ke booth kami untuk lihat & cuba sendiri:

✅ Produk R&D Teknologi Hijau – MNRg-Grease & MNRg-Treat, inovasi mesra alam untuk menyokong kelestarian industri
✅ Makanan ternakan hasil formulasi penyelidikan MNR
✅ Ekosistem itik MNR – pendedahan kepada sistem penternakan dan pengurusan ternakan itik secara lebih menyeluruh
✅ Pameran berkaitan ternakan dan akuakultur – lebih dekat dengan aplikasi teknologi dalam sektor agro

📅 23 – 26 Julai 2026
📍 Booth 12, Dataran Raub, Pahang

Jom temui kami di MAHA Pahang 2026 dan bersama-sama meneroka gabungan inovasi, teknologi hijau dan penyelesaian moden ke arah agro yang lebih lestari! 🌱🐟🦆

17 Julai 2026 | Ekosistem Pemula TERAJU: Suara, Visi & AspirasiAlhamdulillah, MNR Multitech Sdn. Bhd. telah berpeluang m...
18/07/2026

17 Julai 2026 | Ekosistem Pemula TERAJU: Suara, Visi & Aspirasi

Alhamdulillah, MNR Multitech Sdn. Bhd. telah berpeluang menghadiri program Ekosistem Pemula TERAJU: Suara, Visi & Aspirasi yang dianjurkan oleh TERAJU dengan kerjasama Kementerian Ekonomi. Program ini menjadi platform yang menghimpunkan usahawan, startup, agensi kerajaan dan pemain industri untuk berkongsi pandangan serta memperkukuh ekosistem keusahawanan Bumiputera di Malaysia. MNR turut berpeluang mengikuti sesi dialog dan mendengar amanat yang disampaikan oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Menteri Ekonomi, mengenai hala tuju kerajaan dalam memperkasa usahawan Bumiputera dan ekosistem inovasi negara.

MNR turut mengambil peluang untuk membina jaringan bersama pelbagai agensi dan pemain industri serta meneroka potensi kerjasama strategik pada masa hadapan. Semoga penyertaan ini membuka lebih banyak peluang kolaborasi dan terus menyokong usaha MNR dalam membangunkan inovasi serta teknologi yang memberi impak kepada industri dan negara, InsyaAllah.

Address

K02, Ground Floor, Kompleks UMP Holdings, Lebuhraya Tun Razak
Gambang
26300

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+601137357600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MNR Multitech Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MNR Multitech Sdn Bhd:

Shortcuts

Share