20/11/2024
4 situasi tayar tidak selamat untuk ditampal lagi‼️
1. Dinding tayar ranap kerana dipandu semasa tayar tiada udara
Jika sekiranya kita teruskan pemanduan dengan tayar tanpa udara, bahagian dinding tayar itu akan rosak. Ia mungkin setakat nampak bercalar atau haus di bahagian luar, tetapi dari dalam tayar, dinding itu sudah rosak, terkoyak atau menunggu saat untuk terburai sahaja. Tiada pilihan melainkan diganti dengan tayar baru.
2. Besar lubang pancit
Kebanyakan lubang akibat paku atau skru masih boleh diselamatkan tetapi jika lubang itu terhasil dari tusukan pisau, besi pipih, dan objek-objek yang besar, maka kamu tidak ada pilihan lain. Tukar kepada tayar baru kerana lubang yang terlalu besar tidak mungkin boleh ditampal dengan selamat. Tetapi sebelum kamu tampal, baca situasi ketiga dulu!
3. Lokasi bocor
Jika kebocoran berlaku di bahagian bahu atau dinding sisi tayar, minta maaf. Ini ialah antara kawasan paling sensitif untuk tayar dan mengalami tekanan yang tinggi. Tidak selamat untuk menampal tayar bila kebocoran berlaku pada kawasan ini. Kamu tiada pilihan lain kecuali tukar kepada tayar baru.
4. Berapa kali sudah bocor?
Kebanyakan syarikat tayar berkata satu tayar itu tidak boleh ditampal lebih dari dua kali. Tampalan-tampalan itu p**a mesti mempunyai jarak minimum 16-inci antaranya. Jika ia tidak menepati ciri-ciri tersebut, sila tukar kepada tayar baru.
Apa2 pertanyaan tentang tayar, alignment and service. Kami ada di Donggongon, Penampang, Menggatal dan Papar.✅ Boleh direct admin outlet masing-masing yaa. Direct tekan link dibawah.👇