23/10/2024
Bayangkan kita baru balik kerja, nak relax dengan family, tiba-tiba teringat kena bayar instalment Alphard. Kereta besar, mewah, selesa tapi jarang-jarang guna!
Yelah kalau setakat pergi dekat-dekat tak kan nak bawa Alphard, dah la besar susah nak park pulak. Asal-asal, kita beli kereta besar sebab fikir pasal keselesaan keluarga untuk perjalanan jauh. Tapi, berbaloi ke?
Mula-mula masa baru dapat memang la best. Tapi lepas beberapa bulan, dah jarang-jarang guna, asal ada kereta kecil yang itu la yang jadi pilihan. Cuma guna dalam sekali dua jer sebulan untuk jalan jauh. Lain masa, kereta tu park je kat garaj je, apa-apa pun instalment tetap kena bayar.
'Kenapa dulu tak fikir masak-masak?' 'Kalau sewa je Alphard masa nak travel kan lagi berbaloi, memang la harga sewa tinggi sikit (tapi kalau sewa banyak hari boleh dapat murah) yang penting tak perlu fikir pasal instalment bulanan, tak perlu nak servis, tak perlu nak susah jaga, tak perlu renew roadtax, memang lagi banyak dapat jimat!'
Betul tu. Kalau kita fikir secara praktikal, buat apa beli MPV besar macam Vellfire atau Alphard kalau cuma nak guna untuk jalan jauh? Bukankah lebih baik kita sewa je bila perlu? Sewa kereta mewah ni untuk kegunaan sekejap lebih bijak. Bila perlu, kita sewa. Bila tak perlu, kita tak yah risau pasal instalment yang besar tu.
So duit bulanan yang lebih tu boleh la kita salurkan untuk kegunaan lagi atau buat investment untuk create additional income. Ini cara paling bijak urus kewangan keluarga besar tanpa korban keselesaan anak-anak. Jalan jauh pun tak jadi masalah, dan ibu ayah boleh relax tanpa risau pasal hutang kereta yang tinggi.
So, moral of the story kalau korang tengah plan nak beli MPV macam Alphard atau Vellfire baiklah korang fikir baik-baik, dalam keadaan zaman ekonomi yang semakin mencabar ini cash flow keluarga patut diberi keutamaa. Jadi fikirkanlah yang mana lebih praktikal dan lebih menjimatkan.
Kalau korang ada rancangan nak travel dan nak sewa kereta㪠WhatsApp kami sekarang untuk tempahan pantas: https://wa.me/60162588153/sewakereta