30/08/2026
31 Ogos 1957 menjadi titik permulaan sebuah perjalanan, daripada sebuah negara yang baru merdeka kepada Malaysia yang terus berkembang, berdaya saing dan penuh potensi.
Sempena Hari Kebangsaan ke-69, Central Auto Distributors Bhd (CADB), subsidiari PEKEMA, ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Marilah kita terus bergerak seiring, menjunjung semangat perpaduan dan memainkan peranan dalam memacu kemajuan negara, termasuk membina industri automotif yang lebih dinamik, mampan dan berdaya saing.
Demi Malaysia.
Demi masa depan.
Demi generasi yang akan datang. 🇲🇾
Selamat Hari Kebangsaan ke-69!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!