Get Geared Bikers Cyberjaya

Get Geared Bikers Cyberjaya 1st Motorcycle Workshop in Cyberjaya since 11.11.2020

*VISI*
Bikers B.E.S.T Mechanic

*MISI*
BOLD, in excellence. ENERGETIC, dedicated lightning-fast team.

STRATERGIC, best solutions for our customers. TRUSTED, your encounter bike problems.

16/03/2026

Mai abam belanja RON100… 😋

07/03/2026

Ramai akan tanya:
“Siapa salah?”

Rider bawa laju?
Atau orang kereta buka pintu tanpa tengok?

Hakikatnya…
kedua-dua situasi ni selalu berlaku bila trafik jem.

Motor lalu di celah kereta.
Kereta p**a tiba-tiba buka pintu.

Bammmm!!! Dalam satu saat… accident boleh jadi.

Jadi nasihat simple dari kami di Get Geared Bikers:

🛵 Rider
Kalau lalu di celah kereta, jangan terlalu laju.
Sentiasa expect pintu boleh terbuka bila-bila masa.

🚗 Pemandu kereta
Sebelum buka pintu, tengok side mirror & belakang dulu.
Motor kadang datang senyap.

Jalan raya ni kita kongsi sama-sama.

1 saat berhati-hati boleh selamatkan nyawa seseorang.

Ride smart.
Ride safe.

— Get Geared Bikers



Ha korang, ramaikan lg jom!
23/02/2026

Ha korang, ramaikan lg jom!

Jom!!
11/02/2026

Jom!!

Respect!!!🫡
22/01/2026

Respect!!!🫡

Pernah tak tuan-tuan bercita-cita naik motor kapcai untuk keliling dunia? Adakah niat anda terbantut lepas kawan perlekeh "pergi ride Lemang Tokki pun 4 kali kau singgah R&R buang air" atau "umur dah lanjut ni lebih baik kau ride jelajah rumah orang tua".

​Sebab itu, kita perlu bercakap tentang Anita Yusof. "Aunty" yang secara rasminya telah membuatkan semua rider muda Malaysia rasa malu. Beliau baru saja p**ang ke tanah air selepas melengkapkan misi Global Dream Ride 2.

​Ini bukan cerita pasal motor laju. Ini cerita pasal bagaimana sebuah motor biasa-biasa boleh tapau 7 benua.

​1. Dulu Main Bass, Sekarang Main Dunia
​Sebelum beliau dikenali sebagai pengembara solo, Anita Yusof adalah seorang pensyarah di IPG Ipoh. Tapi trivia yang paling cool? Beliau juga bekas pemain bass kump**an rock wanita tahun 80-an, SHEROX!
​Bayangkan, daripada memetik bass atas pentas, beliau beralih kepada memulas throttle di padang pasir. Beliau hanya mula belajar bawak motor pada usia 44 tahun (tahun 2012) sebab nak merayap ke tempat yang bas tak sampai. Jadi, kalau anda rasa anda dah tua nak mula sesuatu, fikir balik.

​2. 2,280 Hari Yang Gila
​Perjalanan Anita bukan bersiar-siar. Beliau buat dua siri jelajah besar:
​GDR1 (2015): 40 negara, 65,000km. Dinobatkan sebagai wanita Islam pertama pusing dunia solo.
​GDR2 (2019-2025): 81 negara, 113,284km. Beliau tersangkut di Ethiopia selama 3 minggu masa pandemik, hampir hilang motor, tapi akhirnya berjaya sampai ke Jeddah untuk buat Umrah dengan motor sendiri.
​P/s: Berapa banyak sticker bendera anda ada kat box motor tu? Anita ada 120+ bendera, dan itu bukan beli kat Shopee.

​3. Kos keliling dunia
​Misi GDR2 ini menelan kos hampir RM400,000. Dari mana datang duit? Beliau guna duit simpanan sendiri, pencen awal, hasil jualan buku & banyak lagi. Tapi beliau tak sendirian. Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dan GIVI ada support di belakang.
​Yamaha bukan setakat bagi motor, tapi mereka sediakan rangkaian sokongan teknikal di seluruh dunia. Kalau motor tu minta tukar coil contohnya kat sempadan luar negara, mekanik Yamaha global sedia membantu. Ini adalah bukti bahawa kalau motor anda standard, dunia ni sebenarnya kecil saja.

​4. Kenapa FZ150i?
​Kenapa bukan Super Tenere? Kenapa bukan BMW GS? Sebab secara teknikal, Yamaha FZ150i adalah "Lipas" dunia permotoran. Ia susah mati.

​Berat: Kalau motor tumbang dalam lumpur di Afrika, Anita boleh angkat sendiri. Cuba buat benda sama dengan motor 1200cc, mahu putus urat pinggang.

​Ekonomi: 12 liter minyak boleh pergi 430km! Bayangkan beza kos petrol di Norway yang mahal nak mati dengan Iran yang murah gila.

​Alat ganti: motor FZ ni ada di mana-mana. Mekanik bawah pokok kat Uzbekistan pun tahu nak repair motor ni.

​5. Tips Otai Untuk Mereka Yang Nak Try Overland
​Anita bukan setakat pusing dunia, beliau survive hampir 10 tahun pusing dua kali. Ini nasihat beliau:

​Jangan ride malam: Bahaya bukan sikit. Lubang, binatang, atau orang berniat jahat.

​Wild camping: Jangan pacak khemah tepi jalan. Cari laluan 300m-500m masuk ke dalam supaya tak nampak dari jalan utama. Keselamatan itu nombor satu.

​Dokumen (Carnet): Guna motor CC kecil macam FZ ni buatkan kos dokumentasi (Carnet de Passage) jadi jauh lebih murah.

​Soalan last untuk geng gearnumb, adakah anda perlukan motor CC besar untuk ke hujung dunia?

Jawapannya: Tidak. Anda cuma perlukan tekad sebesar Anita Yusof dan sebuah motor yang tak manja.

​Selamat Pulang, Legend!

16/11/2025

Hakim Danish Tamat di posisi P14. 2 mata untuk Danish!

Teruskan Bersama Two Wheels!


Make a sense… Faham ya kawan2?
13/11/2025

Make a sense…
Faham ya kawan2?

21/10/2025

Sebuah inspirasi kepada realiti… insyaAllah dengan ajaran salah seorang sifu Cip Dania… kami juga dalam perjalanan yang lurus.. 😊

🔥 Suasana karnival tengah panas! Dah singgah booth kami?Kami, Get Geared Bikers, ada di Karnival Kerjaya Majlis Graduasi...
08/10/2025

🔥 Suasana karnival tengah panas! Dah singgah booth kami?

Kami, Get Geared Bikers, ada di Karnival Kerjaya Majlis Graduasi GIATMARA Malaysia Sidang 38 (Sidang 5 & 6)!
Jangan lupa singgah — ada aktiviti menarik, peluang kerja part-time & full time, dan booth lain pun tak kurang hebat!

📍 UTeM
📅 8 october 2025

Jom guys!
25/09/2025

Jom guys!

𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗠𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜!

Ia kembali! Lebih besar, lebih hebat, dan lebih hype!

MARA Automotive Ecosystem 2025 (MATEC2025) akan berlangsung di Parkir A & B, Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Tandakan kalendar anda pada 31 Oktober hingga 2 November 2025!

Bersedia untuk Charge the Hype di pameran automotif dan gaya hidup terbesar Malaysia!






24/09/2025

Berita baik untuk semua pengguna motosikal V-Twin! Minyak enjin PETRONAS Sprinta F900HD 10W-60 & 20W-50 yang sebelum ini dilancarkan, kini boleh didapati secara online di Shopee Official Store kami .os

Formula yang direka untuk memberikan perlindungan maksimum dan mengawal kepanasan enjin, walaupun dalam ride jarak jauh dan kondisi ekstrem.

Boleh terus klik link ni untuk dapatkan produk anda: https://my.shp.ee/QTNzsic

Jangan tunggu lama-lama geng, pastikan motosikal korang dilindungi dengan minyak enjin terbaik dari PETRONAS Sprinta!

Address

3, Jalan Autoville 1, Cyber 10
Cyberjaya
63000

Opening Hours

Monday 09:00 - 19:00
Tuesday 09:00 - 19:00
Wednesday 09:00 - 19:00
Thursday 09:00 - 19:00
Friday 09:00 - 19:00
Saturday 09:00 - 19:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Get Geared Bikers Cyberjaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Get Geared Bikers Cyberjaya:

Share