22/05/2026
AsSalamualaikum Geng!
Salam Jumaat Barokah.. 😁
Bagi setiap peminat Tamiya Mini4wd, bila dah sampai ke Jepun ni, tak sah kalau tak singgah di Main HQ Tamiya di Shizuoka ni.
Yup, inilah tempat yang sama alamat di kotak kit korang tu.. 😁
Jarak perjalanan hampir 2 jam dari Pusat Tokyo jika menaiki Shinkansen (keretapi laju)
Kalau driving, mengambil masa hampir 3jam, dengan melintasi Yokohama (kedai Force Labo) dan seterus ye ditepian gunung Fuji yg kelihatan di sebelah kanan kita.
Kalau gerak pagi², insyaAllah boleh nampak jelas gunung fuji dari Fujikawa.
HQ Tamiya ni dibuka untuk public, hanya 2 ke 3 kali sahaja setahun, bersempena event² besar, seperti Shizuoka Hobby Show baru² ini.
Di Shizuoka Hobby Show tahun ni, macam² product baru release dan reissue telah dipamerkan.
Antara kit yg reissue adalah;
1. 18025 Dash 1 Emperor (ETA Malaysia, July ini)
2. 95439 GunBluster XTO Light Blue Special (ETA Malaysia, October)
3. 95512 Brocken Gigant Black Premium (ETA Malaysia, November)
4. 95514 Maintenance Base (ETA Malaysia, September)
New Release;
1. 95186 HG Carbon Front Jcup 2026
2. 95187 HG Carbon Rear Jcup 2026
3. 95712 Dash 1 emperor Body Plated
4. 95713 Tire Red Spike + Rim Plated
5. 95703 Zenperor 3 40th Anniversary
6. 95188 Motor HyperDash 40th Anniversary
7. 95189 Motor HyperDash Pro 40th Anniversary
8. 95720 GrassHopper Black Special 😍😍
Keterujaan yang ketara bila dapat tengok kereta² mini4wd ni depan mata.
Lagi² kit yg terbaru, Iron Beak Jcup 2026 tu, memang merecik 💦
Yang paling menarik, setiap pengunjung disajikan "live show" penghasilan injection molding bagi model Hornet Junior 1/72.
Setiap pengunjung diberikan Hornet Junior 1/72 ini, hanya di event Shizuoka Hobby ini sahaja.
Dengan berbekalkan onigiri dan air kosong, suhu menghampiri 30°c, beratur hampir 1 jam, dapat lah bawa balik Malaysia sebagai kenang kenangan, bukan selalu datang sini kan... 😅
Selain dari boleh melihat koleksi Mini4wd, Model, kereta Formula 1 yg sebenar di HQ Tamiya, pengunjung dapat ke level bawah untuk menyaksikan sendiri penghasilan barangan plastic menggunakan mesin plastic injection molding.
Yang paling menarik, di bahagian luar HQ Tamiya, banyak deretan bendera dari negara² luar terpacak, dan bendera Jepun, betul² bersebelahan dengan bendera Malaysia, selain berdekatan dengan bendera USA dan Philippine. 😁 🇯🇵🇲🇾 👍
Sekian.
Pembelian di shopee, boleh tekan link ni, banyak kit² kegemeran korang ade di sini, boleh terus checkout geng!
https://shopee.com.my/search?keyword=tamiya&shop=136599219
Untuk Info dan Update, boleh join group wassap:
https://chat.whatsapp.com/D7jKL2dJMUxJJTgvL1XWdE
Lokasi: Cheras, Balakong
Contact: LEY O17682O341 https://ley.wasap.my/