07/03/2026
“Ada Lesen Dah Boleh Sewa Kereta Ke?”
Ramai orang ingat…
asal ada lesen terus boleh sewa kereta.
Sebenarnya tak semestinya.
Kebanyakan syarikat kereta sewa ada beberapa syarat asas, contohnya:
✔ Ada lesen memandu yang sah
✔ Umur biasanya 21 tahun ke atas
✔ Lesen dah guna sekurang-kurangnya 1–2 tahun
✔ Ada IC / dokumen pengenalan
✔ Deposit keselamatan
Kenapa ada syarat macam ni?
Sebab kereta sewa ni tanggungjawab besar.
Owner kereta nak pastikan penyewa betul-betul boleh memandu dan bertanggungjawab.
Kalau baru dapat lesen semalam,
biasanya syarikat kereta sewa akan tangguhkan dulu sebab risiko kemalangan lebih tinggi.
Tapi jangan risau…
bila cukup syarat, memang senang nak sewa kereta untuk jalan jauh, travel atau urusan kerja.