Abas Proton

Abas Proton Jurujual Proton yang sah. Pengalaman lebih 10 tahun. Mesra pelanggan. Berpusat di Butterworth, Pulau Pinang.

11/08/2026

Nanti kalau Saga Cross keluar, power enjin Saga Cross mesti sama macam Saga sedan, enjin 1.5L berkuasa maksimum 120 ps pada 6100 rpm, tork maksimum 150 Nm pada 4000 rpm.

Transmisi 4-kelajuan automatik dan CVT.

Pesaing paling rapat Saga Cross nanti mesti WR-V dan Ativa.

WR-V menggunakan enjin 1.5L juga, kuasa maksimum lebih kurang sama dengan Saga, 121 ps pada 6600 rpm, tork maksimum 145 Nm pada 4300 rpm, transmisi CVT.

Ativa p**a menggunakan enjin 1.0L Turbo PFI, kuasa maksimum 98 ps pada 6000 rpm, tork maksimum 140 Nm dari 2400 hingga 4000 rpm. Transmisi CVT.

Dalam bab enjin, bagi aku setiap satu ada kelebihan masing-masing, enjin WR-V paling power walaupun hanya lebih 1 ps berbanding Saga, Saga p**a paling kuat daya kilas (tork), dan Ativa p**a tork maksimum bermula dari rpm rendah, dari 2400 rpm.berbanding Saga pada 4000 rpm, WR-V pada 4300 rpm.

Cuma dalam bab harga, aku rasa nanti mesti harga Saga Cross paling mampu milik, untuk ruang dalaman, buat masa sekarang kalau banding WR-V dan Ativa, aku s**a Ativa lagi, rasa ruang dalamam Ativa lebih mahal, Saga Cross tak tahu lagi.

Bab nak main mod enjin, Ativa ada isu limitasi pada kotak gear, jadinya kalau nak mod enjin, tak berapa berani, kalau WR-V p**a, aku rasa tiada isu limitasi kotak gear.

Kemudian jika nak main ikut konsep JDM, menang kat Ativa, sebab Ativa ada dua sepupu di pasaran Jepun, Rocky dan Raize, jadinya Ativa ada potensi untuk mod berkonsepkan JDM.

WR-V pun ada dijual di Jepun, tetapi kereta tak sama, WR-V Jepun berasal dari Elevate, sebuah crossover yang berasal dari India, pasang pun di India, bawa ke Jepun sebagai WR-V, jadinya WR-V negara kita tak berapa sesuai nak mod berkonsepkan JDM. Tapi kalau dalam bab teknikal macam nak mod enjin cara Jepun, boleh sahaja.

Kalau Saga Cross nanti, aku tak pasti lagi bagaimana, aku rasa yang beli Saga Cross nanti adalah orang yang memang minat Saga, dan memang cari sebuah kereta yang agak canggih dan mampu milik, kerana sekarang ini, bagi aku, memang orang beli kereta dari tanah besar kerana canggih dan mampu milik.

Spesifikasi Saga Sedan:

Enjin 1.5L (1499 cc) 4-silinder DOHC 16-injap Dual VVT.

Kuasa maksimum 120 ps / 88 kW @ 6100 rpm.

Tork maksimum 150 Nm @ 4000 rpm.

Transmisi: 4-kelajuan automatik (4AT) dan CVT.

Berat: 1065 kg - 1085 kg.

Honda WR-V.

Enjin: 1.5L (1496 cc) 4-silinder DOHC 16-injap PFI.

Gerak x lejang: 73 x 89.5 mm.

Nisbah mampatan: 10.6:1.

Kuasa maksimum: 119 hp / 121 ps / 89 kW @ 6600 rpm.

Tork maksimum: 145 Nm @ 4300 rpm.

Transmisi: CVT.

Pacuan: Hadapan.

Berat: 1108 kg, 1111 kg, 1125 kg, 1145 kg.

0-100 kmsj: 11.93 oleh Headlightmag menggunakan alat GPS.

Kelajuan maksimum: 168 kmsj (Headlightmag).

Perodua Ativa:

Enjin: (1KR-VE Turbo) 1.0L (998 cc) 3-silinder Turbo.

Kuasa maksimum: 98 ps / 72 kW @ 6000 rpm.

Tork maksimum: 140 Nm @ 2400 - 4000 rpm.(48 ps @ 2400 rpm, 80 ps @ 4000 rpm).

Transmisi: CVT.

Berat: 1020 - 1035 kg.

04/08/2026
03/08/2026

Bukan gelaran kontikiller je, jdmkiller pun boleh juga.

Harga mampu milik, maknanya kalau kakitangan kerajaan gred 29 pun boleh pakai sebab senang lulus pinjaman. Kemudian enjinnya power, yang lama punya enjin 1.5L 3-silinder 150 ps, tork maksimum macam enjin NA lebih dari 2.0L, 226 Nm yang bermula dari 1500 hingga 4000 rpm.

Yang baru p**a enjin 1.5L juga, tetapi 4-silinder, kuasa maksimum tambah 31 ps, jadi 181 ps, tork maksimum tambah 64 Nm, jadi 290 Nm dari 2000 hingga 3500 rpm.

Kedua-dua jenis enjin menggunakan transmisi 7-kelajuan dwi klac, 0-100 kmsj untuk yang 4-silinder hanya 7.5 saat, tak banyak kereta dalam segmen dia yang boleh tanding dia.

Cuma bagi pendapat aku, walaupun S70 power, ia bukan kereta varian prestasi tinggi, maknanya ia dibuat untuk pemanduan biasa atau pemanduan harian, cesi (chassis), suspensi dan brek belum cukup bagus untuk masuk dan keluar selekoh macam kereta prestasi tinggi.

Jadinya kalau nak jadikan S70 ini setanding dengan kereta varian prestasi tinggi, sudah tentu nak kena tambah baik cesi, sistem suspensi dan brek, kena pilih jenama yang boleh dipercayai. Banyak juga kot perbelanjaannya nak jadikan ia begitu.

08/07/2026
03/07/2026

Proton S70 berwarna merah kini diperkenalkan sebagai model rasmi baharu bagi Teksi MADANI menerusi Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, model tersebut dipilih kerana memenuhi keperluan operasi teksi dari aspek keselamatan, keselesaan penumpang serta penggunaan bahan api bagi mengurangkan kos operasi harian pemandu.

Melalui program ini, pemandu teksi akan memiliki kenderaan secara kekal, serta dilengkapi nombor pendaftaran khas GET, meter digital, integrasi e-hailing dan keutamaan pemeriksaan PUSPAKOM.

02/07/2026
21/06/2026

Address

Lot 199, Jalan Bagan Luar, Taman Selat
Butterworth
12000

Opening Hours

Monday 09:00 - 19:00
Tuesday 09:00 - 19:00
Wednesday 09:00 - 19:00
Thursday 09:00 - 19:00
Friday 09:00 - 19:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 10:00 - 17:00

Telephone

+60124870348

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Abas Proton posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category