31/01/2019
Saya nak berkongsi 7 TIP PENJAGAAN KERETA. Especially untuk kaum Hawa di luar sana. Supaya nanti kalau apa2 jadi anda tau nak buat apa, sekurang-kurangnya adalah juga ilmu yg anda dapat. Sebab saya rasa ramai kaum Hawa yg tau start enjin terus jalan.
1.PENJAGAAN MINYAK HITAM.
Tip 1 :
Penjagaan Minyak Hitam atau Minyak Enjin. First thing first, this is the most important part dalam nadi sesebuah kereta. Lambat tukar, ini lah punca fuel consumption meningkat. Ada banyak jenis minyak dan brand di luar sana.
Ada 3 based minyak fully synthetic, semi synthetic dan mineral. Ouhh jangan lupa tukar OIL FILTER sekali ya, untuk enjin oil mineral sekali tukar jangka hayat dalam 5000km.
2. PENJAGAAN AIR RADIATOR.
Tip 2 :
Ini pun penting juga. Sebelum anda kena keluar duit beribu-ribu disebabkan overheat, check cepat Air Radaitor korang. Fungsi air Radiator ini untuk menyejukkan enjin kereta yang sangat panas.
3. PENJAGAAN TEKANAN UDARA TAYAR.
Tip 3 :
Kekurangan angin pada tayar boleh menyebabkan tayar lebih senang nipis (botak) dan peningkatan fuel consumption. TEKANAN angin tayar dari 220kpa atau 32psi mengikut saiz tayar. Kalau anda tak sure anda boleh tengok di driver side seperti dalam gambar di bawah.
4. PENJAGAAN BRAKE (Alas Brek).
Tip 4 :
Brake terbahagai kepada dua, brake pad dan lining brake. Brake nipis boleh menyebabkan sistem brek tidak berfungsi dengan baik dan juga boleh menyebabkan brake disc dan dram rosak.
Berdasarkan pengamatan dan pengalaman saya ramai orang terlepas pandang hal ini. Jangka hayat Brake ini bergantung pada cara pemanduan anda.
5. PENJAGAAN PENAPIS UDARA (Air Filter)
Tips 5 :
Penapis udara ini terletak di atas enjin, kotak berwarna HITAM kebiasaannya. Penapis udara yang kotor boleh menyebabkan sistem pengudaraan yang tidak sempurna.
Kebiasaannya penapis udara ditukar selepas 20,000km.
6. PENJAGAAN MINYAK KOTAK GEAR (Gearbox).
Tip 6 :
Antara perkara mustahak yang perlu diberi perhatian lebih. Wahai kaum Hawa,jagalah Minyak Kotak Gear ini sebelum kamu merana.
Minyak Gear terbahagi kepada dua. Minyak Auto Tranmission Fluid (ATF) untuk gear auto dan Minyak Gear Manual. Untuk Minyak ATF jangka hayatnya 20,000Km, sementara untuk Minyak Gear Manual jangka hayatnya 60,000Km.
7. PENJAGAAN BATERI.
Tip 7 :
Ini antara banyak masalah yang berlaku. Selalu saya nampak kereta yang tersadai di bahu jalan gara gara BATERI ''weak''. Bateri kereta terbahagi kepada dua, Bateri Sel Basah dan Bateri Sel Kering. Warranty bateri baru kedai akan bagi setahun.
Jangka hayat bateri Sel Kering lebih kurang 2 hingga 3tahun. Manakala jangka hayat bateri Sel Basah p**a mengikut kerajinan anda untuk selalu check air bateri dan top up air bateri. untuk.
Semoga ilmu yg saya bg nie dapat di manfaatkan untuk anda