30/12/2023
TIPS PENJAGAAN KERETA SEMASA MUSIM BANJIR
1) Jika kereta telah ditenggelami air banjir di rumah atau di tempat parkir, jangan sekali-kali cuba untuk menghidupkan enjin kereta jika paras air telah menutupi ekzos kenderaan.
2) Sekiranya anda sedang memandu, jangan cuba untuk meredah air banjir sekiranya air telah mencecah paras ekzos kereta anda.
3) Selamatkan dokumen penting dan barang-barang berharga di dalam kereta jika situasi banjir masih tidak bahaya.
4) Jika kereta perlu ditinggal, pastikan tingkap kereta ditutup dan pintu dikunci dengan selamat.
5) Jika kereta anda rosak di tengah jalan yang ditenggelami air, cuba sedaya upaya untuk mendapatkan bantuan pihak berwajib atau jika situasi banjir masih terkawal dapatkan bantuan untuk menunda kereta anda ke tempat yang lebih selamat supaya jalan tersebut tidak terhalang untuk laluan petugas kecemasan.
6) Selepas banjir surut, jangan sekali-kali cuba untuk menghidupkan kereta yang telah ditenggelami air banjir. Dapatkan khidmat lori tunda untuk membawa kereta ke bengkel membaiki kenderaan yang bertauliah.
7) Kusyen kereta yang telah ditenggelami air akan kotor dan berbau tetapi masih boleh digunakan jika anda membersihkan dengan cara mengeluarkan kerusi tersebut dan mencuci menggunakan pancutan air bertekanan tinggi serta mengeringkannya.
Semoga urusan anda semua dipermudahkan...