10/08/2026
⚠️ PERINGATAN KEPADA SEMUA CUSTOMER ⚠️
Untuk makluman, akaun WhatsApp kami telah dicuri/digodam dan pihak kami telah membuat laporan polis berkenaan perkara ini.
🚨 Sila berhati-hati dan JANGAN percaya sebarang mesej yang meminta pembayaran, deposit atau transaksi wang melalui WhatsApp tersebut.
Buat masa ini, sila jangan buat sebarang bayaran kepada mana-mana nombor akaun yang diberikan melalui WhatsApp berkenaan.
Jika ada sebarang urusan atau pertanyaan, sila hubungi pihak kedai melalui saluran rasmi untuk pengesahan terlebih dahulu.
🙏 Mohon kerjasama semua customer untuk tidak menjadi mangsa penipuan. Terima kasih.