24/02/2022
15 Info Tentang Cara Servis Kereta Anda Wajib Tahu
Step paling mudah untuk kita tahu & alert tentang keret
1. Minyak hitam
Minyak hitam yang bukan sintetik tu perlu ditukar setiap 5,000 km atau dalam tempoh tiga bulan. Kalau korang guna yang sintetik, mungkin dalam 7,000 km atau 10,000 km.
2. Filter
Tak perlu pening, servis je kereta masuk minyak engin automatik filter akan tukar sekali.
3. Spark plug
20,000 km mengikut schedule maintenance book. Tapi korang boleh pakai sampai 30k hingga 40,000 km, tak ada masalah.
4. Bateri kereta
18 bulan hingga 2 tahun, tepulang pada cara penggunaan. Kalau korang selalu top up air suling tu, ia boleh tahan sampai dua tahun. Bagi free maintenance battery tak perlu top up air, harganya lebih mahal.
Beli bateri daripada jenama yang boleh dipercayai sebab di Malaysia ni ada banyak barangan tiruan. Tapi ada juga jenama tak terkenal tapi elok.
5. Timing belt
Timing belt ni ikut jenis kereta. 60,000 km untuk kereta Proton Wira, Saga. Proton Waja boleh tahan sampai 90,000 km dan Honda CRV tahan sampai 160,000 km. Ramai orang tak tahu, sampai saja 60,000 km mereka terus tukar tak kiralah pakai kereta apa pun.
6. Clutch plate
Clutch plate ni perkara subjektif. Kalua ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom ‘clutch slipping’ berlaku sewaktu pemanduan. Ini perkara yang susah nak terangkan sebab ada yang kata bila 100,000 km baru tukar clutch.
7. Fuel filter
Tukar je bila dah sekitar 40,000 km sekali.
8. Air filter
Ditukar setiap 20,000 km, tapi kalua korang tukar kepada K&N type, benda ni tak perlu tukar, cukup dibersihkan saja.
9. ATF (Automatic Transmission Fluid)
Minyak ni memang penting untuk korang yang pakai kereta auto. Kalau tak tukar lebih daripada 30,000 km boleh menyebabkan kerosakan pada auto gearbox dan sekiranya berlaku, ia memerlukan perbelanjaan yang besar.
10. Gear oil
Untuk korang yang pakai manual gearbox, kereta tak perlu pakai ATF, tetapi kena guna gear oil. Minyak ini boleh ditukar setiap 60,000 km.
11. Brake fluid & power steering fluid
Kalua rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
12. Radiator coolant
Kalau air radiator korang warna clear je, maknanya pakai air paip biasa je tu. Pakai coolant enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih. tukarlah dalam 60,000 km sekali.
13. Air-cond belt/alternator belt
Belt ini perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau bahagian ribs dah ada crack-crack halus, maka eloklah korang tukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak tukar belt-belt ni.
14. Water pump
Ditukar bila korang menukar timing belt untuk kali kedua. Katakan tukar timing belt setiap 80,000 km, jadi apabila menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000 km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Tukar water pump kena buka timing belt, so kalau buat sekali tak ada extra labor charge.
15. Brake pad
Tukar bila haus atau rasa brek kurang mengigit. Biasanya kereta tiga hingga empat tahun sekali. Minyak brek pun sama.
Dapat sesuatu dari perkongsian kalini? Atau masih keliru, tekan je link kat bawah untuk pertanyaan
www.wasap.my/60127347108
www.wasap.my/60127347108
www.wasap.my/60127347108