19/04/2017
Call / SMS / Whatsapp 012- 366 5270
PERKONGSIAN ILMU.....Apa yang anda perlu tahu tentang PROTON IRIZ
***********************************************************************************
APA YANG ANDA PERLU TAHU CIRI-CIRI YANG ADA PADA PROTON IRIZ (pada Semua varian)
VEHICLE DYNAMIC CONTROL (VDC)
-adalah gabungan dari 6 ciri sistem brake yang ada pada PROTON IRIZ - ianya memberikan kepuasan pemanduan, pemanduan yang mantap dan juga yang utama memberikan tahap keselamatan yang tinggi ketika memandu.
VDC terdiri dari Traction Control, Electronic Stablility Control, Anti Braking Lock System, Brake Assist, Electronic Braking Force Distribution & Hill Hold Assist.
1. SUPERLOCK (Dual Lock)
- Iriz anda mempunyai fungsi yang dipanggil Superlock (Dual Lock) sekiranya kereta anda diceroboh dan anda melihat penjenayah di dalam kereta tersebut anda boleh mengunci penjanayah berkenaan di dalam kereta anda dengan menekan 2X Butang Lock Pada Kereta anda. Ini akan menyukarkan Penjenayah berkenaan keluar dari kenderaan anda (Jika nak keluar kenalah dia pecahkan cermin).
- untuk keselamatan tambahan ketika hendak meninggalkan kenderaan anda juga boleh menggunakan sistem Superlock/Dual Lock ini.
2. SINGLE DOOR OPEN (di Kawal Menggunakan BODY CONTROL MODULE atau BCM)
- Jika anda memandu berseorangan anda boleh setting pada REMOTE/Transmitter kereta anda dan anda TANPA perlu membuka pintu yang lain, ianya hanya akan membuka pintu bahagian pemandu sahaja. Ini akan menghalang penjenayah Meceroboh kereta anda dengan memasuki melalui pintu dibahagian penumpang atau ruang tempat barang (Tailgate), ketika anda hendak memasuki kenderaan anda.
Anda perlu mengikut langkah-langkah berikut.
LANGKAH 1
- UNLOCK (BUKA PINTU) kereta anda dengan menekan butang unlock di transmitter/remote
LANGKAH 2
- Tekan BUTANG UNLOCK & LOCK secara serentak dan tunggu hingga LAMPU SIGNAL BERKELIP 2 X.
LANGKAH 3
- Tekan BUTANG LOCK pada Transmitter/Remote kereta anda (2X)
LANGKAH 4
- Tekan 1X (satu kali) BUTANG UNLOCK pada Transmitter/Remote kereta anda dan Cuba buka pintu bahagian pemandu (boleh dibuka) dan cuba buka pintu di bahagian penumpang (Ketika ini pintu tidak boleh dibuka) untuk membuka pintu bahagian penumpang anda perlu menekan BUTANG UNLOCK pada Transmitter/Remote kereta anda sekali lagi untuk membukanya.
3. Pemilik IRIZ 1.6 PREMIUM (Keyless Entry mode) tidak perlu membuka pintu ketika ingin mengisi barang di ruang tempat letak barang (pastikan Transmitter/remote berada pada anda) , anda hanya perlu menekan butang Tailgate/Pintu ruag barang dan ini sekali gus memberikan ciri keselematan yang lebih kepada pemiliknya ketika hendak mengisi barang dibahagian bekalang sekaligus mencegah kejadian pecah masuk kenderaan ketika anda mengisi barang.
4. ADVANCE ELECTRIC POWER STEERING
- Ianya dihubungkan kepada ECU dan juga 3 SISTEM iaitu Electronic Stability Control, Anti Braking Lock Sistem & Brake Assist untuk memberikan RESPONSIF yang mantap kepada steering anda ketika pemanduan sekaligus memberikan pemanduan yang stabil. Ianya boleh dirasai ketika Steering anda direntap ketika anda memandu (berlaku secara tiba-tiba).'