19/11/2020
Datang seorang customer yang bawak minyak hitam sendiri, kata online punya lagi murah & lagi jimat wang kata nya, lepas tu minta workshop tukar untuk dia, tapi selepas menukar kereta pedal rasa berat dan power rasa kurang juga, adakah ni masalah pomen? Owner salahkan pomen yang buat kereta macam ni?
Merepek betul la kan?
I rasa kebanyakan pomen kena perkara macam ni, barang dah la bawak sendiri, lagi mau salahkan pomen balik?
Dunia ni dah jadi dunia internet, tak boleh nak stop ONLINE Shopping dah, kenalah terima hakikat juga, tapi tidak bermaksud kena mengalah pada ONLINE, workshop boleh cuba meningkatkan kesedaran owner mengenai risiko dapat membeli barang palsu/clone kat online, kedai boleh cuba meletakkan beberapa barang palsu/clone yang dibeli kat Online sebagai sample letak di kedai, tunjuk pada customer...
Apabila berjumpa dengan owner kereta yang membawa spare parts mereka sendiri untuk membaiki kereta, tolak seberapa banyak yang mungkin. Sudah tentu, bukan untuk menolak secara langsung, tetapi untuk memberitahu bahawa jika produk tu tidak dapat dikenal pasti sama kualiti boleh dipercayai ke tidak, jika ada belaku apa2 masalah, jangan nak salahkan pomen jerr... perlu mengetahui owner dulu sebelum nak usik apa2, supaya untuk mengelakkan masalah yang tidak perlu, ditambah dengan pemilik kereta yang s**a belanja ONLINE, mereka biasanya sensitif terhadap harga dan mereka cuma penting kan HARGA MURAH, mungkin sampai upah yang pomen cas pun lagi mahu mintak kurang, jadi tidak perlu merasa kasihan kerana kehilangan pelanggan yang macam ini...
Soalan bagi customer yang selalu beli online lepas tu pergi workshop minta kurang & murah upah bagi you
1. Betul tak takut kena scam ke masa you beli kat online?
2. Yakin ke barang tu original? Dan bukan Fake/Clone?
3. Kedai workshop tu bawah pokok ke? Tak yah bill air, api dan sewa sebagainya?
4. Pekerja semua tu FREE? Tak payah bayar gaji?
5. Beli kat ONLINE, nak minta Warranty dari Workshop ya?
Sekiranya pomen dapat selesai masalah kereta nampak macam senang, itu kerana dia menghabiskan 10 tahun belajar bagaimana melakukannya dalam masa yang singkat dan betul, anda membayar pomen selama 10 tahun tu, bukan yang awak nampak senang tu.
" Senang jer, bagi lah murah "seharusnya diketepikan
Kepakaran dan Pengalama, itu yang "Mahal"
c&p
credit to owner