09/04/2026
HITAM KEMBALI MENYERLAH: PROTON X50 TAMPIL DENGAN GAYA SOFISTIKASI ABADI
PROTON memperkenalkan warna baharu Quartz Black untuk PROTON X50, memperluas pilihan gaya bagi SUV paling popular di Malaysia, susulan sambutan hangat edisi terhad Black Edition sebelum ini.
Dengan jualan kukuh berterusan, PROTON X50 terus mengukuhkan kedudukannya dalam segmen SUV-B, disokong pakej selepas jualan komprehensif bagi memastikan pengalaman pemilikan yang lebih mudah dan meyakinkan.