Anis Premium Recond

Anis Premium Recond Menjual kereta import premium, berkualiti tinggi dengan harga terbaik di pasaran

03/11/2024

Khas untuk peminat Lexus, RC350 F Sport ni memang ngam untuk korang.

21/10/2024

Dah tua2 pun nak drift drift… tapi kalau drift ke surau ok je 🤭☺️

19/10/2024

Penggemar Beemers, munculkan diri korang. BMW M3 Competition dah sampai

30/08/2024

Dalam sales orang panggil ‘mirrorring’.. percubaan laa ni.. nasib baik customer memahami 😂😂




28/08/2024

Kalau beli kereta recond, pastikan waranti yang korang dapat tu berbaloi sebab parts dan kos maintenance kereta recond ni bukan murah tau!! Harga pun dah mahal, mesti maintenance pun boleh tahan juga..Jadi kalau nak waranti selama 8 tahun, unlimited mileage, unlimited claim untuk kereta recond korang, cepat cepat datang ke Sinar Auto Sdn Bhd dan cari Keknis ok!!

Sedikit info kalau kereta korang accident ya..
03/08/2024

Sedikit info kalau kereta korang accident ya..

Tips berguna bila eksiden. Sila ambil tahu. Kalau x nak tertipu

Tahukah anda jika kemalangan dan longkai (penarik kereta) datang dan longkai akan suruh tandatangan dokumen supaya mereka dapat komisen 10%?

Janganlah sesekali anda tandatangan dokumen tu dan tak perlu risau longkai akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih itu la ini la.

Jadi apa tindakan anda?

Pertama jangan tandatangan dokumen tu.

Kedua cakap kat dia saya cuma nak towing sahaja. Biasanya caj dalam RM200 je.
Tarik kereta anda ke balai yang sepatutnya untuk buat laporan polis (ikut kawasan la).

Lepas buat laporan suruh longkai tu hantar ke bengkel panel yang buat repair. Haaa yang kena ada pengalaman kalau tak ada pun tak apa just call insurance dan minta alamat panel yang buat repair kemalangan.

Lepas tu, hehehe ni bahagian yang best. Tibalah giliran anda p**a untuk claim 10 peratus dari tokey bengkel.

Caranya esok adjuster insurance akan datang bengkel dan kira jumlah kerosakan. Katalah kereta mahal BMW ke Mercedes ke total repair RM100,000 so anda boleh claim RM10K dekat tokey bengkel sebab anda dah bagi job kat tokey bengkel.
Sebab tu la longkai bergaduh berebut kereta sebab nak dapat duit komisen dari bengkel kereta.

Dan juga hati-hati ada bengkel kuat kencing sebab dia dapat claim dari insurance tapi dia tak tukar barang tu, dia just repair je.
Dan juga hati-hati kalau longkai kata hantar kat bengkel saya. Heheheh. Tu longkai penipu sebab longkai tak ada bengkel. Dia just pancing je.

Ini pengalaman aku la. Dulu aku kemalangan kereta hancur total claim RM120,000.

Jadi tokey bengkel tu terpaksa la bagi aku RM12k komisen dan juga lost of use 3 bulan sebab ambil masa lama untuk repair dan longkai hanya dapat duit towing je RM180. Hahahah memang panas longkai tu sebab tak berjaya nak makan aku.
Dan juga call insurance dan suruh dia emel detail barang yang sepatutnya tukar. Lepas tu cek satu-satu lepas siap repair.
Kalau kurang satu korang minta duit kat tokey bengkel tu. Kalau tak korang gertak nak buat repot polis sebab dia tipu. Dulu tokey bengkel kena gertak dengan aku terus dia bayar kat aku. Hahahah.

TAHUKAH ANDA?

Korang tau tak kalau korang kemalangan, selain boleh claim repair, korang jugak boleh claim Loss Of Use. Dia orang bagi pampasan RM30-RM50 sehari.

Katalah kereta korang duk dalam bengkel 30 hari, insuran akan bagi RM30 sehari.

Jadi, korang akan dapat RM900 selama kereta dibaiki. Tapi disebabkan rakyat Malaysia kurang perihatin akan hak pengguna, majoriti tak tahu pasal pampasan Loss of Use.

Credit : Anymous Malaysia

01/08/2024

Kehidupan rumah tangga ni banyak pasang surutnya.. banyak turun naiknya.. banyak s**a dukanya..

Yang penting, sentiasa hargai semasa ada.. jangan tunggu dah tinggal sendiri baru nak rindu itu dan ini.

Nak happykan isteri tak susah pun.. cer bagi hadiah… mesti isteri happy.. kalau bagi kereta baru, lagi lah terlebih happy sang isteri..
Kannnnn

31/07/2024

Semoga pagi korang ok ok saja!! ☺️☺️

13/07/2024

Aku rasa ramai yang stress sebenarnya bila ramai orang yang drive tak pandai nak memanfaatkan benda alah ni, walaupun kereta sebesar gajah sekalipun yang diorang drive.

Jadi macam terpanggil la p**ak untuk share cara untuk memanfaatkan sepenuhnya benda alah ni supaya semua orang happy bila memandu di jalan raya..

12/07/2024

CUSTOMER DARI LANGIT

Ramai yang berniaga ni memang mengidamkan jenis jenis customer yang umpama datang dari langit ni. Cerita sikit terus onz nak membeli. Tak perlu sembang goreng panjang panjang, takde nak nego harga umpama nak kena cukur segala bulu hidung yang ada, mudah je berurusan.

Tak dinafikan ada je customer macam ni. Tak perlu deal lama lama, mudah je nak diuruskan apa juga jualan dengan dia.

Suruh apa saja, responnya semuanya iya, ok dan baik..

Allahu.. dapat customer macam ni, memang umpama rezeki terpijak.

Tapi bukan mudah nak dapat customer macam ni. Kalau ada pun, memang sungguh kurniaan daripada Allah semata mata. Kalaupun belum dapat, bersungguh sungguhlah berdoa agar Allah mendatangkan pada kita customer yang baik baik sahaja, sebab yang memegang hati setiap manusia ni hanya Allah sahaja.

Bismillah..




Address

Bangi
43700

Telephone

+60162517425

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anis Premium Recond posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Anis Premium Recond:

Share