Vx-Garage SPS #348 TDM

Vx-Garage SPS #348 TDM Engine oils, gearbox oil, additives oil, wiper, brake pads, bosch screenwash, spark plugs, air filte

27/05/2021

Untuk VX Reminds kali ini, VX GARAGE nak memberi peringatan kepada anda semua supaya periksa lampu brek kenderaan! Setiap pemandu harus memastikan lampu brek kenderaan berfungsi dengan baik. Jika berlaku kerosakkan pada lampu brek kenderaan, hal ini boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya.

VX GARAGE nak pesan sekali lagi pada anda semua, walaupun kita semua sibuk dengan rutin harian, kita juga seharusnya memberikan sedikit masa dan tumpuan pada keadaan kenderaan kita supaya ia selamat untuk digunakan semasa di atas jalan raya. Dengan berbuat demikian, kita juga dapat menjamin keselamatan kita sendiri dan juga pemandu lain!

Ahkir kata, VX GARAGE ingin mengucapkan “STAY SAFE AND ENJOY THE RIDE”, and once again, don’t forget to stay safe during this pandemic dan Selamat Hari Raya to all Muslim brothers and sisters!


Winner for Award of Excellence - Automotive Franchise Category for Asia Automotive Appreciation Award 2017

25/05/2021

Pernahkah anda terfikir apa yang dimaksudkan dengan informasi yang terpapar di permukaan tayar kenderaan anda? Jika anda masih tertanya apa yang dimaksudkan dengan informasi tersebut, mari admin terangkan kepada anda!

Informasi yang admin terangkan ni penting bagi anda yang mempunyai kenderaan sendiri supaya anda mengenali apa yang dimaksudkan dengan kod tayar yang ada pada tayar kenderaan. Tips ini sangat bermanfaat untuk anda sekiranya anda ingin menukar tayar yang lebih sesuai dan juga ingin mengisi angin.

VX GARAGE ingin mengucapkan “STAY SAFE AND ENJOY THE RIDE”, don’t forget to stay safe too during this pandemic dan Selamat Berpuasa to all Muslim brothers and sisters!


Winner for Award of Excellence - Automotive Franchise Category for Asia Automotive Appreciation Award 2017

25/05/2021

VX GARAGE berkongsi a friendly reminder kepada anda semua! VX GARAGE ingin memberi peringatan kepada anda semua supaya mengisi angin tayar kenderaan.

Segala jenis kenderaan yang di bawa haruslah memiliki tekanan angin yang mencukupi pada tayar. Anda tahu tak, angin yang mencukupi pada tayar kenderaan bukan sahaja dapat menjadikan pemaduan anda lebih selamat, malah ia juga dapat menijmatkan minyak pada kenderaan anda?

Tahukah anda waktu yang sesuai untuk mengisi angin? Mungkin ramai yang tak tahu kan? VX GARAGE berkongsi juga waktu-waktu yang sesuai untuk anda mengisi angin dan anda juga boleh jadikan salah satu rutin penjagaan kenderaan.

Akhir kata, VX GARAGE ingin mengucapkan “STAY SAFE AND ENJOY THE RIDE”


Winner for Award of Excellence - Automotive Franchise Category for Asia Automotive
Appreciation Award 2017

25/05/2021

Musim Hujan sangat membimbangkan buat semua pemandu dan pembonceng motosikal kerana kemalangan di musim hujan berpotensi tinggi jika anda leka.

VX GARAGE ingin berkongsi tips berkenaan keselamatan semasa memandu di atas jalan raya pada musim hujan. Ketika musim hujan berlaku, jalan raya yang digunakan akan menjadi lebih licin dan hal ini akan merekodkan peningkatan kes kemalangan jalan raya.

Bagi anda yang terpaksa memandu dalam keadaaan hujan, ianya pasti akan menjadi satu cabaran untuk anda. VX GARAGE harap semua dapat memanfaatkan sepenuhnya dan boleh membantu anda untuk sampai ke destinasi dengan selamat walaupun dalam keadaan hujan lebat. Lebih baik jika anda berhenti seketika di kawasan yang selamat jika hujan terlalu lebat.

Akhir kata, VX GARAGE ingin mencupakan “KEEP CALM & STAY SAFE”, Selamat Berpuasa kepada seluruh umat islam di Malaysia!


Winner for Award of Excellence - Automotive Franchise Category for Asia Automotive Appreciation Award 2017

25/05/2021

Majoriti antara kita sebagai pemilik kereta yang mungkin mengambil mudah dalam hal penjagaan bateri kereta. Untuk pengetahuan anda, kuasa voltan kereta perlu diperiksa dari semasa ke semasa, dan juga perlu ditukar sekurang-kurangnya setiap dua tahun bagi mengekalkan kenderaan anda dalam keadaan yang baik.

Tentunya anda pernah mengalami situasi dimana enjin kereta sukar untuk dihidupkan terutamanya pada waktu pagi sebelum pergi ke kerja kan? Hal ini menunjukkan bahawa voltan bateri kereta anda sudah lemah dan perlu digantikan. Tapi, situasi tertentu mungkin juga hanya perlukan bantuan jumper kereta sahaja untuk menghidupkan enjin kereta.

Kali ini, VX GARAGE ingin berkongsi Tips Cara Jump Start kereta Dengan Betul tanpa merosakkan bateri kereta sekiranya situasi tersebut berlaku kepada anda. Kami dari VX GARAGE berharap perkongsian kali ini dapat membantu anda untuk melakukan jump start kereta dengan betul dan selamat.

Akhir kata, VX GARAGE ingin mengucapkan “STAY SAFE AND ENJOY THE RIDE”


Winner for Award of Excellence - Automotive Franchise Category for Asia Automotive Appreciation Award 2017

25/05/2021

Asas penjagaan kenderaan amat penting untuk pengetahuan semua pemilik kenderaan. Dari asas pemeriksaan tekanan tayar, pemeriksaan air radiator dan yang paling penting, pemeriksaan paras minyak hitam enjin kenderaan anda.

Penjagaan minyak hitam enjin amat penting supaya dapat mengelakkan masalah besar pada kenderaan anda di masa hadapan. Walaupun prosedur untuk pemeriksaan minyak hitam enjin agak mudah, ada juga segelintir pemandu mengambil mudah tentang penjagaan ini. Oleh itu, maklumat dan cara pemeriksaan minyak hitam enjin yang betul adalah penting untuk mengekalkan fungsi enjin dengan optimum dan kekal bersih.

Kami dari VX GARAGE berharap perkongsian kali ini dapat membantu anda dalam penjagaan minyak enjin kenderaan. Akhir kata, VX GARAGE ingin mengucapkan “STAY SAFE AND ENJOY THE RIDE”


Winner for Award of Excellence - Automotive Franchise Category for Asia Automotive Appreciation Award 2017

25/05/2021

Pada VX Reminds kali ini, VX GARAGE ingin memberikan peringatan kepada anda semua berkenaan dengan kepentingan penjagaan alignment kenderaan anda.

Seperti yang anda tahu, alignment kenderaan merupakan salah satu elemen yang amat penting dalam penjagaan kenderaan kerana alignment tayar yang tidak betul akan menyebabkan kesan-kesan negatif seperti tayar haus dan tidak sekata, serta paling merisaukan apabila ia boleh melibatkan kemalangan.

Mungkin antara anda tertanya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan alignment pada kereta boleh berubah? Antara faktor utamanya adalah:
• Kekerapan melanggar lubang pada permukaan jalan dan menyebabkan sistem suspensi rosak
• Terdapat Wear and tear pada bahagian suspensi
• Kerosakan beberapa bahagian pada sistem suspensi (spring, absorber, cross member, bushing dan lain-lain).

Antara kelebihan yang dapat dijaminkan jika anda semua sentiasa pantau akan penjagaan alignment kereta anda adalah:
• Pemanduan anda akan jadi lebih selesa,tepat dan selamat
• Hakisan tayar yang berlebihan juga dapat dielakkan.
• Penjimatan kos penyelenggaran
• Penjimatan petrol

Sekali lagi, VX GARAGE ingin mengingatkan anda bahawa pentingnya pemeriksaan alignment dan anda dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan alignment sekurang-kurangnya 3 bulan sekali. Jika ada rasa kelainan ketika memandu, anda perlu segera untuk periksa alignment tayar di bengkel yang berdekatan.

Akhir kata, VX GARAGE ingin mengucapkan “STAY SAFE AND ENJOY THE RIDE”


Winner for Award of Excellence - Automotive Franchise Category for Asia Automotive Appreciation Award 2017

25/05/2021
Tips Penjagaan Kereta
05/05/2021

Tips Penjagaan Kereta

Jum daftar sebagai ahli & beli barangan automotif pada harga PENJIMATAN! Tiada yuran pendaftaran atau pun tahunan. PERCU...
24/04/2021

Jum daftar sebagai ahli & beli barangan automotif pada harga PENJIMATAN! Tiada yuran pendaftaran atau pun tahunan. PERCUMA sepanjang hayat!

Banyak benefit yang korang boleh dapat, antaranya :

> beli pada harga borong
> beli pada harga promo
> consultancy service
> peraduan cabutan bertuah (t&c applied)
> percuma barangan merchandise (t&c applied)
> dan banyak lagi!

Daftar keahlian secara percuma sekarang! :

https://vxgarage.com/baling-taman-desa-mawar-kedah/

Alamat : No 16, lorong 1, taman desa mawar, 09100 baling kedah darulaman

Waktu beroperasi : 7 hari seminggu

WhatsApp : https://wa.me/c/601165231704

Address

Baling
09100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Vx-Garage SPS #348 TDM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Vx-Garage SPS #348 TDM:

Shortcuts

Share