11/12/2022
PERLU KE PANASKAN ENJIN KERETA SEBELUM MEMANDU?
Sebenarnya ada dua pendapat untuk persoalan di atas. Perlu untuk panas kan enjin kereta dan juga tidak perlu untuk panaskan enjin.
Perlu Panaskan Enjin Kereta Sekiranya….
Sekiranya enjin kereta anda menggunakan sistem karburator, maka anda perlu panaskan enjin kereta. Ia adalah disebabkan kerana karburator tersebut memerlukan suhu yang stabil untuk dia berjalan dengan baik. Sekiranya anda punya enjin kereta lama, maka ia bergantung pada minyak enjin untuk mengurangkan geseran.
Tidak perlu panaskan enjin sekiranya….
Sekiranya anda menggunakan kereta yang modern, mereka mempunyai enjin yang modern dengan mempunyai sistem suntikan bahan api.
Dibsebakan itu lah kereta baru tidak perlu panaskan enjin kerana sistem tersebut telah mempunyai teknologi untuk berubah mengikut cuaca dan keadaan sekitar.
Enjin pada kereta jenis modern juga di reka khas mempunyai tiada geseran.
Kalau korang perasan kereta modern sekarang bunyi enjinnya tidak kuat berbanding dengan kereta lama. Kalau kereta lama dari jauh kita dah boleh dengar bunyi enjin tu kan.
Sebenarnya memang dah lama dah tips orang suruh panaskan enjin kenderaan sebelum mula memandu, satu sebabnya adalah untuk pastikan kereta tu terjaga dan sentiasa dalam keadaan yang baik.
Ye lah, beli kereta ni bukan lah dengan harga yang murah sebab itu lah pelbagai tips yang orang guna untuk jaga kenderaan dan salah satunya adalah untuk panaskan enjin.
Kalau anda menggunakan kereta modern dan nak juga panaskan enjin, boleh je tapi tidak perlu terlalu lama.
Cukup 2-3 minit je untuk bagi minyak enjin tu lalu ke semua tempat dan anda boleh mulakan perjalanan. Ala bak kata orang sekejap-sekejap je dah mencukupi