07/07/2021
TUKAR MILIK KENDERAAN
---------------------------------------------
Dalam 10 orang yang abg jumpa nak jual kereta, secara purata hanya 3 org je yang tahu dan faham apa yang perlu dibuat kalau nak jual atau beli kenderaan.
Untuk jual kereta sekarang ni dah senang,sebab ada 3rd party yang sediakan platform selamat untuk orang yang takde masa dan malas nak pening-pening fikir prosedur jual beli.
Tapi untuk yang nak uruskan sendiri,meh sini abg terangkan apa yang korang perlu buat.
Tukar Milik Motosikal
------------------------------------
Tukar milik motosikal tak susah. Sebabnya tak perlu hantar motosikal ke puspakom
Boleh terus buat tukar nama.
Untuk penjual, sebelum jual,korang pastikan motosikal korang dah takde tuntutan hakmilik.
Kalau motor tu korang beli cash,takde masalah.
Tapi kalau korang beli loan,walaupun dah habis bayar,tolong check dengan kedai atau financer korang,motor tu dah dilepaskan atau belum tuntutan hakmilik tu...
Kemudian korang pastikan takde saman blacklist.
Boleh check kat website JPJ.
Ada 3 saman yang akan menyebabkan kenderaan korang disenarai hitam@blacklist dan menyebabkan tak lepas tukar nama, iaitu saman takde lesen,saman takde roadtax dan saman takde insurans.
Walaupun bukan owner yang bawak semasa kena saman,kenderaan tu tetap akan disenarai hitam...
Untuk pembeli,korang pun kena check jugak perkara seperti di atas ni ye.
Bila dah yakin motor dah clear,korang boleh iklankan motor korang kat platform macam wasap group,fb korang,insta,marketplace fb,mudah dan lain-lain.
Bila dah dapat buyer, pastikan buyer datang dan tengok kenderaan korang betul-betul.
Bila kedua pihak dah berpuas hati, pastikan pembeli bayar full baru bagi motor.
Banyak kes abang tengok kat group fb,konon-konon kesian kat buyer,buyer mintak bayar ansuran,lepas dapat motor terus hilang.
So korang perlu berhati-hati.
Lepas dah bayar, korang buat tukar nama.
Ada beberapa cara untuk tukar nama.
Guna mysikap. Yang ni RM3
Pegi JPJ. Yang ni RM3.
Guna khidmat runner MYeG macam abang.. Yang ni bergantung kepada runner.
Cas abang minima RM100.
Kalau jauh sikit ada tambahan duit minyak.
Lagi selamat korang panggil abang masa buyer nak ambik motor.
Bila buyer ambik,nama pun dah selesai tukar.
Takyah korang pening-pening ada saman ke, buyer guna untuk buat jenayah ke.
Pengalaman abang sendiri, ada sebuah kereta abang yg abang dah jual 9tahun lepas.
Sampai sekarang tak tukar nama.
Saman berderet.
Owner baru asik bagi alasan bila suruh bayar saman dan tukar nama.
Tukar Milik Kereta
------------------------------
Basically sama je macam motor.
Cuma beza nya,korang perlu hantar kereta ke puspakom untuk pemeriksaan B5.
Abang nasihatkan korang sebagai penjual buat siap-siap B5 ni.
Nak pergi sendiri boleh,nak suruh runner macam abang pun boleh.
Kalau pegi sendiri, B5 ni RM35.30 je.
Kalau runner buat, bergantung.
Range harga adalah RM130-250.
Area lembah klang korang boleh panggil puspakom datang rumah rumah jugak.
Kos dalam RM130+-.
Bila dah B5, proses sama macam motor tadi.
Lepas buyer dah bayar full, baru release kereta.
Kemudian terus buat tukar nama.
Kalo mysikap RM100, kat JPJ Rm100.
Kalau guna khidmat abang, RM250 minimum..
Sekali lagi abang tekankan, tolong buat tukar milik cepat-cepat.
Sebab akan ada macam-macam masalah kalau buyer tu kena tahan/lakukan kesalahan.
Ok. Kalau korang ada apa-apa kemusykilan, roger je abang di talian 0123973795.
Malas nak save no abang?
Nah,tekan je link ni
https://www.wasap.my/60123973795
Yang Benar,
Abang Jamil