27/02/2026
Perkongsian maklumat.. Semoga bermanafaat
Kepada owner dan pengguna s1k model 2019 sehingga 2022 sila ambil perhatian.. Model selepas itu saya tidak pasti. Rim motosikal anda unik sedikit.. Tak sama dengan s1k sebelumnya dan sbk lain.. Tayar hanya mudah di buka dan di pasang dari sisi kiri rim.. Kalau di buka dan pasang dari sisi kanan, dia akan jadi sempit dan sukar di buka atau pasang dan boleh merosakan tayar dan rim.. Ini barang Banyak Makan Wang.
Jadi jika anda pergi menukar tayar dan melihat pomen dah terkulat kulat nak buka tayar tu bolehlah sampaikan walau satu ayat😊.
Ataupun bagitau terus.. cakap "nak buka tayar nanti letak atas mesin tu belah kiri rim duduk belah atas" simple, walaupun saya dapat dengan cara susah😅