29/07/2026
Motor ni memang banyak kenangan buat saya. β€οΈ
Inilah motor pertama yang saya gunakan untuk belajar dan buat ujikaji porting blok 2T sejak zaman sekolah. Dari motor inilah saya belajar, cuba, gagal, baiki dan akhirnya faham dunia enjin 2T.
Sekitar tahun 2000β2001, saya terpaksa menjual motor ini untuk dijadikan duit muka membeli Yamaha 125Z baru. Kalau tak silap, motor ini dibeli oleh seorang pelajar UiTM Arau berasal dari Pahang.
Sejak hari itu, saya tak pernah jumpa lagi motor ni.
Saya sedang mencari semula Yamaha Y110 SS nombor plat RC 3771. Kalau ada yang tahu siapa owner sekarang, pernah nampak motor ini, atau ada sebarang maklumat, mohon komen di bawah atau PM saya di Facebook.
Yamaha 125Z p**a merupakan motor pertama yang saya beli hasil titik peluh sendiri. Dari motor itulah bermulanya perjalanan saya dengan lebih serius dalam dunia 2T. Banyak ilmu, pengalaman, ujian dan kejayaan lahir daripada 125Z itu. Dari sekadar minat, akhirnya menjadi kerjaya dan lahirlah apa yang anda kenal hari ini sebagai GSM Racing.
Saya juga sedang mencari semula Yamaha 125Z nombor plat PFE 8256. Kalau ada yang tahu di mana motor ini berada atau siapa owner sekarang, saya sangat menghargai jika dapat berkongsi maklumat.
Terima kasih kepada semua yang sudi membantu. Semoga suatu hari nanti, saya dapat memiliki semula kedua-dua motor yang menjadi saksi permulaan perjalanan hidup saya. π