02/07/2025
PERMOHONAN MAAF
Kepada Pelanggan Yang Dikasihi,
Kami sedar, ada yang tidak kisah tentang pod tiruan. Itu hak masing-masing.
Namun, bagi anda yang mementingkan keselamatan, kualiti dan tanggungjawab, kami akan terus berjuang untuk menjaga integriti produk ini. Samada dari segi undang-undang hak cipta, mahupun melalui kerjasama dengan pihak berkuasa.
Pod tiruan bukan sekadar soal harga. Ia tidak dikawal selia, tidak membayar cukai, dan dijual oleh pihak yang akan hilang jika masalah timbul.
Kami membina jenama ini secara tempatan.
Kami membayar RM4.80 cukai untuk setiap pod, mencipta peluang pekerjaan di seluruh negara, dan mematuhi undang-undang Malaysia.
Tanggungjawab ini datang dengan kos. Bukan kerana tamak, tetapi kerana patuh undang-undang dan jaga keselamatan pengguna.
Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, kami juga tidak terkecuali.
Jadi itulah sebabnya harga pasaran ditetapkan pada RM 15 dengan ruang margin keuntungan sebanyak 25% untuk peniaga.
Sebaliknya, mereka yang menciplak ini hanya menyeludup dari China, kemudian menjual dengan harga sedikit murah tanpa tanggungjawab dan tanpa akauntabiliti.
Cuba tanya, di mana kilang mereka di Malaysia?
Kami mohon maaf jika prinsip ini membuatkan kami nampak "mahal" di mata sesetengah orang.
Kami masih percaya bahawa yang betul tetap betul, walaupun ia bukan jalan yang mudah.
Kalau anda mencari yang nampak murah tetapi berisiko, memang sentiasa ada. Pasaran kini dibanjiri dengan tiruan, salinan dan klon murah. Mereka jual laju, lesap lebih laju.
Tetapi jika anda mencari yang asli, selamat dan boleh dipercayai, kami di sini hanya untuk anda, pelanggan yang kami kasihi.
Pilihan di tangan anda.
Pasukan Nanostix