22/08/2025
Pihak Estremo ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta yang mengambil bahagian dalam RXZ Members 7.0 2025 yang berlangsung pada hari ini di Gong Badak, Terengganu.
Kami amat menghargai semangat komuniti RXZ yang sentiasa mengangkat budaya permotoran dengan penuh semangat kekeluargaan dan persahabatan. Semoga acara pada kali ini berjalan dengan lancar serta meninggalkan kenangan manis buat semua yang hadir.
Tidak lupa juga, kami mendoakan agar setiap rider selamat pergi dan balik ke destinasi serta kembali ke pangkuan keluarga tercinta.
Salam hormat daripada kami di Estremo.