10/02/2020
Assalamualaikum, Valttukkal, Ni hao
Scammer.
Harini kami nak memberi ilmu penambahan kepada anda iaitu jenis-jenis dan berjaya menipu rakyat Malaysia sendiri.
Kegiatan scam dan penipuan atas talian kini semakin kreatif dan ‘real’ sampaikan kita hampir 100% percaya dengan janji manis yang diucapkan. Pelbagai cara dan modus operandi digunakan oleh kump**an tidak bertanggungjawab ini untuk ‘memerah’ duit anda sehingga kosong. Oleh itu, mari kita lihat jenis-jenis penipuan mereka.
1. Scam menawarkan pembiayaan kewangan yang mudah dan cepat.
- Scam ini biasanya menjerat anda yang memerlukan wang dengan kadar segera. Contohnya, untuk anda mendapatkan pembiayaan kewangan sehingga RM100,000 anda perlu membayar sejumlah wang terlebih dulu sebagai wang pendahuluan loan yang anda minta. Apabila kita fikirkan jumlah pinjaman serta kadar interest yang sangat menarik, langsung tanpa berfikir panjang masukkan wang berkenaan.
2. Scam pemindahan wang oleh pegawai polis atau pegawai bank (Macau Scam)
- Ini antara scam yang paling bahaya dan paling convincing. Scammer juga sudah berani berlakon jadi polis ketika ini! Mereka secara random akan membuat panggilan yang di’tap’ taliannya. Scam ini juga turut pop**ar dengan nama ‘Macau Scam’ kerana biasanya didalangi oleh sindiket yang berpengkalan di China. Sebaik sahaja anda menjawab panggilan, anda akan berasa seolah-olah polis legit yang menelefon anda baik dari segi suaranya mahupun gaya pengenalannya gaya seorang polis yang sebenar.
3. Love scam
- Cinta memang boleh melukakan bukan sahaja hati anda, malahan akaun bank anda. Love scam ini tersangat pop**ar dan ianya sudah menarik mangsa dari seluruh dunia. Bagaimana scam ini boleh berlaku? Pertamanya mereka akan pikat anda supaya anda jatuh cinta menggunakan akaun profil yang palsu. Selepas anda sudah jatuh cinta, mereka akan mula minta buat macam-macam. Dalam kes ini, si lelaki katanya telah membuat pengeposan barangan mewah ke Malaysia dan barang tersebut kini berada di tangan ‘pihak kastam’. Lebih meyakinkan apabila nombor telefon yang diterima p**a adalah daripada jabatan kastam! Sebab barang kemas yang dihantar bernilai ribuan ringgit, anda perlulah membuat pembayaran ‘cukai’ terlebih dahulu sebelum parcel berkenaan diposkan kepada anda. Bila wang sudah diberi, lelaki berkenaan pun hilang mencari ‘cinta’ yang baharu. Cinta terlepas, wang pun lenyap
4. Scam pewaris harta/wang daripada negara luar
- Ini adalah antara scam terawal dan masih wujud sehingga kini. Anda akan menerima satu emel yang menyatakan anda adalah pewaris harta bernilai jutaan ringgit daripada seorang individu dari luar yang anda tidak kenali. Bukan sahaja anda tidak kenal nama berkenaan, wajah pemberi derma itu pun anda tak pernah lihat. Tahukah anda, ianya sudah lebih 1,000 kes penipuan wang atas talian yang melibatkan RM72 juta telah direkodkan oleh pihak berkuasa? Dan jumlah ini hanya untuk kes yang berlaku di kawasan Lembah Klang. Sehubungan dengan itu, pihak CIMB Bank Berhad telah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan Kempen Anti-Scam PDRM-CIMB Disember lalu, bagi meningkatkan kesedaran penipuan atas talian ini di kalangan rakyat Malaysia. Jika anda menerima panggilan daripada pihak polis p**a, anda perlu bersemuka dengan mana-mana pegawai bank terlebih dahulu sebelum mereka menyambungkan talian kepada pegawai polis yang ditugaskan untuk sesuatu kes. Jadi anda hanya akan berurusan dengan pegawai polis
yang sebenar dan bukannya scammer.
Berhati-hati dengan tindakan mereka, semoga kita dilindungi sentiasa. Terima kasih daripada kami, Recond Ace.