23/06/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐. ๐๐๐. ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐
Invest Kedah Berhad telah menghadiri Majlis Pecah Tanah Exciton Global Sdn. Bhd. yang berlangsung di Padang Meha, Kulim, Kedah.
Invest Kedah Berhad telah diwakili oleh En. Noor Ikhsan bin Abdul Aziz, Ketua Pegawai Operasi, Invest Kedah Berhad dan En. Abdul Muti Bin Dato Haji Abdul Hamid, Pengurus Besar (Pra-Pelaburan), Invest Kedah Berhad. Majlis ini turut dihadiri oleh Puan Nazlizan Abdullah, Pengarah MIDA Kedah/Perlis.
Pada majlis tersebut, En. Noor Ikhsan bin Abdul Aziz turut menyampaikan ucapan penghargaan mewakili Invest Kedah Berhad kepada pihak Exciton Global Sdn. Bhd., Ningbo Exciton Technology Co., Ltd. serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Majlis ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperkukuh ekosistem perindustrian Negeri Kedah, khususnya dalam sektor pembuatan berteknologi tinggi, bahan termaju, filem optik dan filem berfungsi.
Exciton Global Sdn. Bhd. merupakan sebahagian daripada Ningbo Exciton Technology Co., Ltd., sebuah syarikat teknologi tinggi dari Republik Rakyat China yang terlibat dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan filem optik serta filem berfungsi bagi menyokong pelbagai sektor utama termasuk teknologi paparan, fotovoltaik, bateri, automotif dan aplikasi pembuatan termaju.
Kehadiran Exciton Global di Kedah mencerminkan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap negeri ini sebagai destinasi pelaburan yang strategik, kompetitif dan mesra pelabur.
Invest Kedah Berhad akan terus komited dalam memudah cara pelaburan berimpak tinggi bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negeri, pembangunan rantaian nilai industri serta pewujudan peluang pekerjaan kepada rakyat Kedah.