06/08/2026
KOMPLEKS BUKIT JAMBUL VESPA DAY 2026
Dengan penuh hormat, kami menjemput seluruh pemilik Vespa dan Lambretta, sama ada model klasik mahupun moden, dari seluruh Malaysia untuk bersama-sama memeriahkan Kompleks Bukit Jambul Vespa Day 2026.
Acara ini dianjurkan sebagai platform untuk menghimpunkan komuniti skuter Itali dalam suasana yang harmoni, mengeratkan silaturahim antara kelab dan individu, serta meraikan minat yang sama terhadap budaya dan warisan Vespa serta Lambretta.
Pendaftaran adalah PERCUMA dan setiap peserta yang mendaftarkan sebuah Vespa atau Lambretta menggunakan nombor pendaftaran kenderaan layak menyertai cabutan bertuah, tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Sepanjang acara, para pengunjung akan disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk Ride-In Vespa & Lambretta, Scooter Parts Market, Live Band & DJ Set, Food & Coffee Corner, vendor-vendor berkaitan skuter, serta pelbagai lagi pengisian yang sesuai untuk seisi keluarga.
Kami mengalu-alukan kehadiran semua pemilik, kelab, komuniti, pengumpul, peminat dan pencinta Vespa serta Lambretta untuk bersama-sama menjayakan acara ini.
📅 Tarikh: 22 Ogos 2026 (Sabtu)
🕦 Masa: 11.30 pagi – 11.00 malam
📍 Lokasi: Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang
Dengan kerjasama dan sokongan daripada:
* MIU Scootershop
* RSLV+
* Lambretta TKC
* Sanussi Meccanica
* Pitagorasta
* Vespa Changloon Club
* GeneYoung Vespa Lambretta Gang
* Penang Vespa Vintage Club
* Vespa Kannakia Penang
* Group Vespa Santai
* Resolve Record Store
* Joe Garage Inc
* Vespa Penang SamSam
* Cap Ayam Vespa Part
* Fluke Sneakers Spa
* Geng Che Hussin
* Taiping Scooterist
* Belida Machine
* Vesparado ipoh
“Menyatukan Komuniti, Menghargai Warisan, Meraikan Budaya Skuter Itali.”