09/12/2022
Ok yang mana tnya kenapa reject sebab scoring low atau scoring failed! rajin membaca ok!
Apa itu CREDIT SCORING?
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Tak ramai yang tahu Credit Scoring boleh menyebabkan sebarang permohonan financing/loan korang ditolak atau tidak lulus.
Sedangkan korang rasa dah confident yang mana bila korang apply financing/loan ianya boleh lulus dengan jayanya sebab korang fikir (yang mana dah ada existing financing/loan) tiap-tiap bulan korang tak pernah culas untuk buat bayaran.
Tapi bagaimana Credit Scoring ni mempengaruhi kelayakkan sebarang permohonan financing/loan korang? Saya jelaskan dulu maksud Credit Scoring.
CREDIT SCORING berasaskan statistik yang menggunakan teknik-teknik empirikal untuk cuba baca tingkah laku peminjam-peminjam pada masa depan dengan cara menganalisa karakter yang sebelum ni.
Dengan kata lain, komputer ini akan menganalisa profile kewangan seseorang individu pada tahun-tahun sudah sama ada profile ini bagus atau tidak. Dengan info-info terdahulu ditambah dengan info-info terbaru akan buat komputer atau sistem ini macam bomoh yang paling tepat. haha. Pemohon juga akan diberi markah oleh bomoh komputer ini.
Markah-markah ini umpama indicator untuk tahap risiko yang bank akan ambil. Kemudian wujud p**a Cutoff score, atau tahap minimum markah yang bank boleh pertimbangkan untuk bagi financing/loan korang.
Kalau markah lebih dari cutoff score, peratus financing/loan korang lulus tinggi.
Kalau markah lebih rendah dari cutoff score, bukan peratus lulus lebih rendah jek tapi tak dapat terus financing/loan korang. Nampak tak?
Eh korang faham kan? Begini, credit scoring ni merupakan ukuran karakter pembayaran sejarah pinjaman/pembiayaan korang yang terdahulu dan terkini termasuk dalam CTOS dan CCRIS iaitu seperti Home financing, housing loan, personal financing/loan, hire purchase, PTPTN, Aeon Credit, Telco dan yang sewaktu dengannya yang berkaitan dengan pinjaman atau pembiayaan korang yang korang bayar tiap-tiap bulan.
Credit Scoring juga akan pengaruh score korang melalui beberapa perkara selain CCRIS dan CTOS dan seterusnya menyebabkan permohonan korang ditolak :
1) Penggunaan kad kredit yang tinggi. Ratio penggunaan had kredit lebih dari 70%
2) Guarantor dan financing/loan korang ada tunggakkan. Walaupun peminjam utama selesai bayar, ianya tetap terkesan melalui Credit Scoring.
3) "Restructuring" atau Penjadualan Semula Pinjaman (ReScheduling").
4) Kerap melakukan pertukaran kad pengenalan juga boleh menimbulkan syak pada bank dan menimbulkan risiko "fraud"
5) Banyak sangat kemudahan pembiayaan diluluskan atau diberi pada masa yang sama. Diberi special status dalam CCRIS / credit score
6) Credit Profile tidak betul/tepat atau tidak dikemaskini. Mungkin nombor telefon tidak dikemaskini dengan bank yang sama yang korang mohon financing/loan baru
7) Tiada track record pembayaran hutang bulanan atau kata lain korang tiada apa-apa komitmen dengan bank.
😎 DSR atau Debt Service Ratio yang rendah. Maknanya komitmen bulanan sudah tinggi. Ianya menyebabkan credit score korang terjejas dan kalau boleh lulus, mungkin jumlah financing/loan akan diturunkan daripada jumlah permohonan sebenar
9) Latarbelakang company korang. Company yang tidak berdaftar dengan SSM.
10) Kerap tukar pekerjaan.