MZA Auto Servis

MZA Auto Servis Pusat Servis Kereta
Kami menawarkan servis dan pembaikan mengikut keperluan anda.

bunyi berdengung..bearing gearbox primary dan secondary
06/04/2026

bunyi berdengung..bearing gearbox primary dan secondary

πŸš— Panduan DIY Tukar Minyak CVT ProtonMinyak CVT sangat penting untuk memastikan gearbox Proton anda kekal lancar, tidak ...
09/03/2026

πŸš— Panduan DIY Tukar Minyak CVT Proton

Minyak CVT sangat penting untuk memastikan gearbox Proton anda kekal lancar, tidak jerking, dan tahan lama. Penukaran secara berkala membantu mengelakkan kerosakan yang boleh menelan kos yang tinggi.

Langkah asas DIY:
1️⃣ Panaskan enjin beberapa minit supaya minyak CVT lebih cair.
2️⃣ Buka plug pembuangan minyak CVT di bawah gearbox.
3️⃣ Biarkan minyak lama keluar sepenuhnya.
4️⃣ Pasang semula plug dengan ketat.
5️⃣ Masukkan minyak CVT baharu mengikut spesifikasi Proton.
6️⃣ Hidupkan enjin dan tukar gear P-R-N-D beberapa kali untuk memastikan minyak mengalir dengan baik.

⚠️ Penting: Pastikan guna minyak CVT yang betul dan ikut kuantiti yang disyorkan untuk model Proton anda.

πŸ”§ Kalau tak mahir atau tak ada peralatan yang sesuai, jangan risau.
Hantar sahaja kereta anda ke MZA Auto Servis – kami akan uruskan servis CVT dengan peralatan yang betul dan tenaga kerja berpengalaman supaya gearbox kereta anda sentiasa dalam keadaan terbaik.

πŸ“ Servis kemas, teliti dan harga berpatutan.
Hubungi kami untuk temujanji atau terus datang ke bengkel!

09/03/2026

bedah kereta proton saga cooling coil kita tengok apa masalah aircond tak sejuk

09/03/2026
5 Perkara Menarik Proton Exora (2017) Ramai Orang Tak PerasanRamai orang anggap MPV cuma kereta besar untuk bawa keluarg...
08/03/2026

5 Perkara Menarik Proton Exora (2017) Ramai Orang Tak Perasan

Ramai orang anggap MPV cuma kereta besar untuk bawa keluarga. Tapi sebenarnya Proton Exora ada beberapa kelebihan yang ramai tak tahu.

1️⃣ Enjin Turbo Tak Lemah
Exora guna enjin 1.6L Turbo dengan kuasa 138hp dan 205Nm tork. Bila bawa penuh penumpang pun masih ada kuasa untuk memotong atau naik bukit tanpa rasa berat.

2️⃣ Hiburan Untuk Penumpang Belakang
Ada skrin 9 inci di siling untuk penumpang belakang. Anak-anak boleh tengok video melalui USB atau AUX, jadi perjalanan jauh lebih senyap dan tenang.

3️⃣ Ruang Simpanan Yang Praktikal
Exora ada banyak ciri kecil yang berguna seperti:
β€’ Hook barang dapur supaya plastik tak tumpah
β€’ 10 cup holder untuk minuman
β€’ Storage bawah ruang belakang untuk simpan barang

4️⃣ Ciri Keselamatan Lengkap
Dilengkapi dengan ESC (stability control), ABS, EBD dan Dual Airbag. Sistem ini membantu kereta kekal stabil terutama bila jalan licin atau ambil selekoh.

5️⃣ Rekaan Lebih Sporty
Varian Executive Plus ada gaya lebih premium seperti:
β€’ Bumbung hitam (Black Rooftop)
β€’ Lampu belakang smoked
β€’ Rim two tone 16 inci
β€’ Side skirting

βœ… Kesimp**an:
Proton Exora bukan sekadar MPV biasa. Ia ada kuasa turbo, ruang luas, praktikal untuk keluarga dan gaya yang nampak premium.

Kalau anda pilih MPV untuk keluarga, apa paling penting bagi anda? Kuasa enjin, ruang besar atau design? πŸš—

πŸš— Panduan Penjagaan & Tanda Amaran Sistem Brek KeretaBrek ni benda paling penting dalam kereta. Kalau dia buat perangai,...
25/02/2026

πŸš— Panduan Penjagaan & Tanda Amaran Sistem Brek Kereta

Brek ni benda paling penting dalam kereta. Kalau dia buat perangai, jangan tunggu lama. Bahaya.

πŸ”Ž 3 Tanda Brek Bermasalah:

1️⃣ Bunyi bising & gegaran
Bila tekan brek ada bunyi geseran, berdecit atau pedal bergetar? Itu tanda awal pad brek dah haus atau disc tak rata.

2️⃣ Tekanan pedal berubah
Pedal jadi terlalu dalam, terlalu keras atau terlalu sensitif. Rasa lain macam dari biasa? Jangan buat tak tahu.

3️⃣ Kereta hilang imbangan / lampu amaran menyala
Bila brek, kereta tarik sebelah atau lampu brek menyala dekat meter. Ini bukan benda kecil.

βΈ»

βš™οΈ Faktor utama pad brek cepat haus:

βœ”οΈ Cara pemanduan – S**a tekan brek mengejut atau bawa laju, memang cepat makan pad.
βœ”οΈ Kualiti pad brek – Jangan guna barang murah tak tentu hala.
βœ”οΈ Jangan tunggu besi bergesel besi – Bila pad habis, disc p**a rosak. Masa tu kos dah jadi lain macam.

βΈ»

πŸ’‘ Nasihat kami di MZA Auto Servis:

Brek jangan tunggu rosak baru nak check. Setiap servis, minta mekanik periksa sekali kondisi pad & disc.

Nak jimat? Jaga awal.
Nak selamat? Jangan bertangguh.

Kalau rasa brek dah tak sedap, mai singgah. Kita tengok dulu sebelum jadi lebih teruk. πŸ”§πŸš˜

Mai sembang terus terang sikit no πŸ˜„Kalau guna hos penyejuk minyak (OCH) bukan original / bukan OEM, memang ada risiko be...
24/02/2026

Mai sembang terus terang sikit no πŸ˜„

Kalau guna hos penyejuk minyak (OCH) bukan original / bukan OEM, memang ada risiko besar. Proton sendiri dah pesan benda ni.

Antara risiko dia:

β€’ Boleh rosakkan enjin lagi teruk – Kalau OCH custom atau cap ayam ni pecah atau bocor, enjin boleh overheat teruk. Bila dah panas melampau, komponen lain pun boleh ikut rosak.
β€’ Kualiti pembekal tak tentu hala – Ada yang buat tapi kepakaran tu tak jelas. Bukan semua ada standard macam kilang.
β€’ Tak ada makmal ujian khas – Komponen ni bukan sekadar pasang dan jalan. Dia kena test betul-betul tahap tekanan, suhu dan ketahanan. Kalau tak test elok, memang bahaya.

Pendek kata, OCH ni kalau gagal fungsi, enjin boleh panas melampau. Bila jadi macam tu, kos repair bukan sikit-sikit dah.

Nak jimat seratus dua, tapi nanti melayang ribu-ribu.

Di MZA Auto Servis, kami sarankan guna barang original atau yang berkualiti dan terbukti tahan. Biar buat sekali, tapi selamat dan tahan lama.

Kereta ni bukan main-main. Enjin jantung dia. Jangan ambil risiko. πŸš—πŸ”§

Kami juga memberikan perkidmatan lain seperti :
βœ… Servis minor / major
βœ… Aircond
βœ… Computer Diagnostics
βœ… Engine / gearbox repair
βœ… Battery
boleh hubungi kami utk mendapatkan harga dari kami:
πŸ“² https://www.wasap.my/60174497129
πŸ“² https://www.wasap.my/60174497129
πŸ“² https://www.wasap.my/60174497129
🌏 LOKASI MZA AUTO SERVIS https://goo.gl/maps/51KzVj4WpUpbL4xS9
π‰πšπ¦ π›πžπ«π¨π©πžπ«πšπ¬π’ ⏰9.00 pagi-6.00 petang.

14/12/2025

Part 2 sambung mercedes boss

14/12/2025

πŸ› οΈ Jangan Tunggu Gearbox Kereta Hang Jadi β€œTeh Ais”! πŸ₯›πŸ§Š
Hang tau dak bila last sekali hang servis atau tukar Gearbox Cooler?

Jangan dok pandang komponen kecik ni remeh. Dialah yang jaga suhu & nyawa gearbox hang.
Kalau dia buat hal, siaplah… boleh jadi bala besar:

❌ Air Masuk Minyak Gear
Air radiator (coolant) bercampur dengan minyak gearbox, jadi warna putih/coklat macam susu atau teh ais. Masa tu jangan harap gearbox nak elok lagi dah.

❌ Gearbox Rosak Teruk
Gear sangkut, jem, terus kong. Nak repair? Kos boleh cecah ribu-ribu, pedih weh!

πŸ‘‰ Jangan sebab jimat sikit hari ni, esok hang menangis depan bengkel.

🚨 Masa Untuk Bertindak Sekarang!
Kalau mileage kereta hang dah tinggi, atau hang rasa gear tukar pelik, lambat, tersentakβ€”
mai cepat-cepat buat check & servis pencegahan.

Kami pakar dalam:
βœ… Gearbox Cooler
βœ… Major Service
βœ… Penyelenggaraan Kereta Conti & Tempatan

πŸ“ž Hubungi MZA sekarang untuk temujanji
017-449 7129

❗ Jangan bagi kereta kesayangan hang minum β€œsusu”.
Servis awal, jimat duit, hati pun senang.

09/12/2025

Merc A45 seat stuck..Alhamdulillah

06/11/2025

Mari-mari kasi settle

Address

Alor Setar
05460

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:30
Tuesday 09:00 - 18:30
Wednesday 09:00 - 18:30
Thursday 09:00 - 18:30
Saturday 09:00 - 18:30
Sunday 09:00 - 18:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MZA Auto Servis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share