28/06/2026
Kerasukan kali ni 🤣🤣🤣..buka aib atu nda payah di sini simpan sendiri sja..
Pelakon Julia Farhana tampil menjelaskan keputusan untuk tidak lagi memakai hijab bukan dibuat secara terburu-buru, sebaliknya selepas melalui perjalanan yang panjang sejak Ramadan lalu. Menurutnya, perubahan itu berlaku ketika dia sedang melalui satu fasa kehidupan yang hanya dirinya benar-benar faham.
Julia berkata dia sedar tindakannya mengundang pelbagai reaksi, namun menegaskan ia bukan bertujuan menggalakkan orang lain melakukan perkara sama. Sebaliknya, dia hanya memerlukan ruang untuk memproses kehidupan, belajar dan terus memperbaiki diri sebagai insan biasa.
Dalam masa sama, pelakon berusia 32 tahun itu meluahkan rasa syukur kerana menerima sokongan daripada orang sekeliling termasuk peminat yang tidak putus-putus menitipkan doa serta kata-kata semangat.
Sebelum ini, Julia mencetuskan perhatian apabila memuat naik foto dan menukar gambar profil Instagramnya tanpa hijab dengan kapsyen, "Menemui diri saya dan tidak akan kehilangannya lagi."
Sumber: Instagram Julia Farhana