30/12/2024
Si
ANCAMAN UNTUK ORANG YANG ENGGAN MEMBAYAR HUTANG
1. Mati dalam keadaan berhutang, pahala kebaikannya menjadi ganti.
Seseorang yang mati dalam keadaan hutangnya masih belum dilunaskan dan waris-warisnya tidak melangsaikan melalui harta pusaka si mati, maka pahala kebaikan si mati akan digantikan untuk membayar hutang tersebut. Hadis daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ูู
ู ู
ุงุช ูุนููู ุฏูููู ูููุณู ุซูู
ูู ุฏููุงุฑู ููุง ุฏุฑูู
ู ุ ูููููููุง ุงูุญุณูุงุชู ูุงูุณูููุฆุงุชู
Yang bermaksud: โSesiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang, maka di hari Akhirat tidak ada lagi urusan dinar dan dirham, yang ada hanyalah urusan berkaitan pahala kebaikan dan dosa kemaksiatan.โ (Riwayat Abu Daud)
2. Urusan orang yang berhutang akan kekal tergantung.
Kewajipan membayar hutang jelas terpikul di bahu orang yang berhutang dan tidak akan terlepas sekalipun. Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ููุณู ุงูู
ุคู
ูู ู
ูุนููููุฉู ุจุฏูููููู ุญุชููู ูููุถูู ุฏูููููู
Yang bermaksud:โJiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dia melunaskannya.โ(Riwayat At-Tirmidzi)
3. Orang yang berniat untuk tidak mahu melunaskan hutang akan dihukum sebagai pencuri.
Hadis daripada Suhaib bin Sinan ar-Rumi r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ุฃูููู
ุง ุฑุฌูู ููุฏููููู ุฏููููุง ููู ู
ุฌู
ุนู ุฃู ูุง ููููููู ุฅูููุงู ููู ุงูููู ุณุงุฑูููุง
Yang bermaksud: โSiapa sahaja yang berhutang lalu berniat untuk tidak mahu melunaskannya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari kiamat) sebagai pencuri.โ (Riwayat Ibnu Majah)
4. Orang yang berkemampuan tetapi melengahkan pembayaran hutang dianggap sebagai zalim.
Bagi orang-orang yang berhutang tetapi melengahkan pembayarannya sedangkan dia mampu untuk membayarnya adalah termasuk sebagai orang yang zalim. Ini jelas berdasarkan daripada hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ู
ูุทูู ุงูุบูููู ุธูู
ู
Yang bermaksud: โPenundaan pembayaran hutang oleh orang yang mampu adalah suatu kezaliman.โ (Riwayat al-Bukhari)
5. Dosa hutang tidak akan terampun walaupun mati syahid.
Hadis daripada Abdullah bin Amru r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ููุบูููุฑู ูููุดูููููุฏู ููููู ุฐูููุจู ุฅูููุง ุงูุฏูููููู
Yang bermaksud: โDiampunkan semua dosa bagi orang yang terkorban mati syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia).โ (Riwayat Muslim)
6. Orang yang berhutang tergolong sebagai pendusta.
Orang yang berhutang dan mempunyai niat untuk tidak membayar hutang biasanya akan lebih cenderung untuk berdusta. Ini adalah disebabkan oleh pelbagai alasan yang tidak benar akan diberikan untuk mengelakkan diri daripada membayar hutang. Peringatan yang jelas telah diberikan oleh Rasulullah SAW melalui hadis daripada Aisyah r.a.:
ุฃููู ุฑูุณููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููู ุนููู ูุณูููู
ู ูุงูู ููุฏูุนูู ูู ุงูุตููููุงุฉู ูููููู: ุงููููููู
ูู ุฅูููู ุฃุนููุฐู ุจูู ู
ููู ุงูู
ูุฃูุซูู
ู ูุงูู
ูุบูุฑูู
ูุ ูููุงูู ูู ููุงุฆููู: ู
ุง ุฃููุซูุฑู ู
ุง ุชูุณูุชูุนููุฐู ูุง ุฑูุณููู ุงูููููู ู
ููู ุงูู
ูุบูุฑูู
ูุ ูุงูู: ุฅููู ุงูุฑููุฌููู ุฅุฐูุง ุบูุฑูู
ู ุญูุฏููุซู ููููุฐูุจูุ ูููุนูุฏู ูุฃุฎููููู
Yang bermaksud: โNabi S.A.W biasa berdoa di akhir solat: (Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari berbuat dosa dan banyak hutang).โ Lalu ada yang berkata kepada baginda SAW, โKenapa engkau sering meminta perlindungan dalam masalah hutang?โ Lalu Rasulullah SAW bersabda, โJika orang yang berhutang apabila dia berkata, dia akan sering berdusta. Jika dia berjanji, dia akan mengingkari.โ (Riwayat Al-Bukhari)
Rujukan : Laman web MAIS
Kredit gambar : Fizgraphic