15/03/2026
✨*PETRON KELANTAN x YAYASAN KEBAJIKAN ANAK ANAK KELANTAN (YAATIM)*✨
Program bersama Pengusaha Petron Kelantan bagi membawa kegembiraan kepada 60 orang anak YAATIM melalui pembelian baju Raya sempena menyambut Aidilfitri bakal tiba. Program ini berlangsung di Mydin Bandar Baru Tunjong pada 14 Mac 2026.✨
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua dealers atas komitmen, sumbangan dan kerjasama yang diberikan sepanjang program ini dijalankan. Tanpa sokongan dan usaha semua pihak, program ini tidak mungkin dapat direalisasikan dengan jayanya.
Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memberi sinar kegembiraan kepada mereka yang memerlukan. 🤲
*“DALAM REZEKI KITA, ADA REZEKI ORANG LAIN”*