Ameerah Kijang

Ameerah Kijang Outdoor/Indoor fitness
PersonalizedCalendar2021



Ameerah Kijang merupakan entiti khusus untuk wanita muda yang berminat pada politik. Ameerah Kijang berada di bawah naungan Ameerah Pengkalan Chepa. Ameerah Kijang ditubuhkan bersama-sama dua Ameerah lain di dua dun lain iaitu Ameerah Chempaka dan Panchor di bawah Ameerah Kawasan, Ameerah Pengkalan Chepa. AMEERAH اميره dalam Bahasa Arab, bermakna Pemimpin Wanita, atau Puteri. Ia membawa Visi: Ke A

rah Kepimpinan Politik Wanita Muda Bertaraf Dunia. Misi: 3P : Politik, Patriotisme, Partisipasi

Sebuah entiti dalam Dewan Muslimat, Parti Islam Semalaysia yang bertapak di Negara Malaysia, Asia Tenggara, Asia. Fokus utama Ameerah adalah menggiatkan kesedaran politik di kalangan generasi muda wanita, menanamkan semangat patriotisme kepada negara dan akhirnya meningkatkan partisipasi wanita muda dalam masyarakat. Like Fanpage Ameerah Pengkalan Chepa
https://www.facebook.com/ameerahpengkalanchepa

Like Fanpage Ameerah Chempaka
https://www.facebook.com/AmeerahDUNChempaka/

Like Fanpage Ameerah Kijang
https://www.facebook.com/ameerahkijang/

Like Fanpage Ameerah Panchor
https://www.facebook.com/ameerahpanchor/

01/04/2022
12/04/2021

Ameerah Kelantan Bersedia Bekerjasama Dengan Pelbagai Pihak Ke Arah Pendidikan Politik Wanita Muda Malaysia

1. Ameerah Kelantan menyambut baik pewartaan undi 18 yang mana secara automatik anak muda 18 tahun ke atas layak mengundi.

2. Pada 19 September 2018, Jemaah Menteri telah bersetuju akan cadangan untuk meminda Perkara 119 (Kelayakan Pemilih), Perlembagaan Persekutuan ke Parlimen bagi meminda umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

3. Pewartaan pada 30 November 2021 secara rasmi berkuatkuasa pada 15 Disember 2021 menyaksikan kebijaksanaan dan keseriusan 211 Ahli Parlimen dalam melibatkan anak muda di peringkat pentadbiran negara dan bidang politik. Ini adalah suatu perkara positif bagi membentuk negara yang lebih sejahtera.

4. Peluang ini perlulah diambil sebaik mungkin oleh anak muda sebagai langkah demokrasi yang adil untuk sama-sama menentukan halatuju negara.

5. Justeru, Ameerah Kelantan bersedia bekerjasama dengan pelbagai pihak ke arah pendidikan politik wanita Muda Malaysia.

6. Semoga dengan gandingan ini akan memberikan lebih kefahaman dalam membentuk pendidikan politik Wanita Muda Malaysia ke arah yang lebih sihat.

Nik Nurasma Zulykha Nik Hassan
Pengarah Ameerah Kelantan
3 Disember 2021| 27 Rabiul Akhir 1443H

11/27/2021

SELAMAT ULANG TAHUN PAS KALI KE 70 TAHUN

7 dekad yang lalu, PAS bertapak secara rasmi di Malaysia dipimpin oleh para ulamak yang hanya mahukan Negara ditadbir dengan adil serta masyarakat hidup berpandukan Al Quran dan As Sunnah.

Agama Islam yang syumul dijadikan panduan serta pedoman. Jauh sekali mahukan jawatan dan kuasa melainkan hanya mahu melihat Islam tertegak di Negara tercinta.

Jatuh bangun PAS dengan kepimpinan yang silih ganti, Dewan Ulamak, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan seluruh jentera serta pendokong dan pendokong saling bergandingan, bahu membahu di dalam perjuangan yang penuh mehnah dan tribulasi ini.

Ameerah Negeri Kelantan mendoakan semoga keberkatan dan rahmat Allah sentiasa mengiringi perjuangan ini.

Siiru ala barakatillah.

11/25/2021

Minda Presiden PAS

MN DAN PN, JANGAN BERDILEMA

Demi agenda perpaduan umat yang sebenarnya, maka Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) adalah laksana dua dalam sepasang yang tidak harus dipisahkan, sekiranya benar-benar berkonsepkan perpaduan umat dalam negara masyarakat majmuk yang ikhlas.

Kedua-dua gagasan ini laksana dua tangan dalam satu jasad, kalau dibuang salah satunya akan menjadi cacat. Bahkan, ia juga laksana sepasang kasut yang tidak waras jika dipakai sebelah kasut sahaja.

Bukanlah tujuan gagasan ini demi menjaga kepentingan individu atau kelompok tertentu, sama ada untuk mengangkat ataupun menjatuhkannya.

Kita semua laksana ramainya penumpang yang berada dalam satu bahtera atau mengikut slogan Keluarga Malaysia yang besar sebagaimana diuar-uarkan.

Berdasarkan semangat yang telah ditegaskan dalam Piagam Muafakat Nasional yang disertai oleh kalangan Melayu Islam dan bumiputera (penduduk asal), maka mereka wajib disatukan setelah berpecah belah dan berporak-peranda selama ini.

Muafakat Nasional bukan sahaja disertai oleh PAS dan UMNO, bahkan melibatkan semua pihak jika benar-benar gagasan itu berkonsepkan acuan al-Quran yang pernah mendidik masyarakat Arab sebelum Islam yang berpecah belah. Firman Allah SWT:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ١٠٣

“Dan berpegang teguhlah kalian semua kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kalian bercerai-berai; dan kenanglah ni‘mat Allah kepada kalian ketika kalian dahulu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah), lalu Allah menyatukan antara hati kalian (sehingga kalian bersatu padu dengan ni‘mat Islam), maka jadilah kalian dengan ni‘mat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kalian dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kalian semasa jahiliah), lalu Allah menyelamatkan kalian daripada neraka itu (disebabkan ni‘mat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kalian ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kalian mendapat petunjuk hidayah-Nya.” (Surah Ali ‘Imran: 103)

Justeru, disatukan umat Islam yang terkumpul dalam parti-parti Melayu dan bumiputera yang terbesar, daripada UMNO, PAS dan BERSATU, di samping mereka yang tidak berparti dalam badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain. Namun, kesemuanya tetap hidup bermasyarakat dan berpijak di bumi yang sama dengan menganut Islam ataupun kalangan bumiputera yang dekat dengan penganut Islam.

Pada mulanya, hanya diadakan perjumpaan antara PAS dan UMNO sahaja. Kemudian, diikuti dengan Kongres Maruah Melayu yang lebih besar penyertaannya oleh pelbagai pihak.

Adapun setelah mengambil alih kerajaan pusat, maka Perikatan Nasional p**a diwujudkan kerana mengambil kira masyarakat yang lebih besar termasuklah golongan bukan Islam yang sudah menjadi masyarakat majmuk.
Hakikat keberadaan masyarakat majmuk dalam negara ini wajib diterima dan tidak boleh dirungkai sekali-kali kerana boleh merosakkan keluarga yang besar ini. Hal ini berkonsepkan firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا١

“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kalian yang telah menjadikan kalian (bermula) daripada diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawwa’), dan juga yang membiakkan daripada kedua-duanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kalian selalu meminta dengan menyebut-yebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kalian.” (Surah al-Nisa’: 1)

Ayat ini menegaskan bahawa manusia seluruhnya ialah satu keluarga besar yang hidup secara bermasyarakat serta wajib saling berhubungan dan bertolong-tolongan sesama mereka. Mereka juga hendaklah saling bertasamuh (bertoleransi) dalam meraikan kepelbagaian dan perbezaan berkonsepkan wujudnya hubungan antara satu sama lain, sebagaimana yang dinyatakan oleh firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ١٣

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kalian semua daripada kalangan lelaki dan perempuan dan telah Kami menciptakan kalian semua pelbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kalian semua saling berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia (antara) kalian semua di sisi Allah ialah mereka yang paling bertaqwa, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali.” (Surah al-Hujurat: 13)

Dalam pada itu, mesti diterima hakikat bahawa Perikatan Nasional (PN) yang menjadi gagasan politik yang lebih besar, perlu berperanan dan berkuasa dalam negara masyarakat majmuk ini.

Khususnya, bagi menegakkan prinsip Perlembagaan Persekutuan yang telah wujud dan tidak perlu dirungkai lagi, tetapi kandungan perlembagaan mestilah ditafsirkan dengan jiwa yang merdeka daripada sebarang pengaruh penjajahan pemikiran yang perlu dibuang segala kesan-kesan dan pengaruhnya yang masih ada.

Di samping itu, perlu disingkirkan puak pendukung penjajah yang menjadi makhluk perosak dalam keluarga Malaysia.

Maka, PAS hanyalah berpegang kepada konsep perpaduan mengikut perspektif Islam, iaitu perpaduan umat Islam dan perpaduan umat manusia yang majmuk termasuklah dalam kalangan bukan Islam.

Oleh itu, PAS menolak Muafakat Nasional (MN) yang terbelenggu dengan hanya melibatkan UMNO dan PAS sahaja. PAS juga menolak fahaman yang menafikan adanya masyarakat majmuk yang wajib ditangani oleh gagasan yang lebih besar iaitu Perikatan Nasional (PN).

Gagasan yang ada perlu diubah bentuk dan ikatannya, kerana berlakunya perubahan situasi dan realiti. Dahulunya UMNO ialah sebuah gabungan pertubuhan dan kump**an Melayu sahaja, kemudian berubah menjadi satu parti, di samping parti Melayu yang lain seperti PAS dan Parti Negara.

Kemudian, UMNO menubuhkan Parti Perikatan dengan memasukkan MCA dan MIC dan selepas itu parti-parti dari Sarawak dan Sabah. Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang mengejutkan, maka pada tahun 1974 ditubuhkan Barisan Nasional (BN) yang disertai oleh PAS pada awalnya.

Maka, tsunami politik yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang boleh mencacatkan struktur negara, sememangnya memerlukan suatu perubahan kepada proses islah yang dibentuk terkini kerana Barisan Nasional (BN) yang sudah berpenyakit. Oleh itu, langkah persembahannya bermula dengan penubuhan Muafakat Nasional (MN) yang tidak lengkap, maka perlu dilengkapkan dengan penubuhan Perikatan Nasional (PN).

Oleh yang demikian, secara tegasnya PAS tidak boleh dibelenggu atau diheret oleh sebarang kefahaman yang lain. PAS hanya bergerak dengan konsep Islam yang terang lagi bersuluh.

PAS boleh bersama-sama membina negara ini dengan acuan Islam, bukannya sekadar menjadi parti anak tangga atau parti yang menumpang sahaja. Bahkan, PAS bukan parti yang menagih simpati seperti peminta sedekah sahaja tanpa mempunyai maruah bersama Islam.

PAS hanya bersedia menjadi penyelamat negara dengan konsep dan prinsip yang berasaskan kepada perjuangannya bagi menyelamatkan umat keseluruhannya. Bukanlah disebabkan oleh orang tertentu atau kelompok dan puaknya semata-mata.

PAS hanya menerima Muafakat Nasional (MN) yang lengkap perjalanannya mengikut perjanjian yang telah dimeteraikan, tanpa bercanggah dengan agenda perpaduan umat yang lebih besar dan berkuasa melalui gagasan politik Perikatan Nasional (PN).

Firman Allah SWT:
..إِنْ أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ٨٨

“...Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki (mengislah) sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufiq untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepada-Nya sahaja aku kembali.” (Surah Hud: 88)

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 20 Rabi’ul Akhir 1443 / 25 November 2021

Tahniah buat saff kepimpinan Ameerah Malaysia sesi 21/23. Semoga Ameerah sesi ini dapat memacu kebangkitan politik wanit...
11/23/2021

Tahniah buat saff kepimpinan Ameerah Malaysia sesi 21/23. Semoga Ameerah sesi ini dapat memacu kebangkitan politik wanita muda di Malaysia serta memberi pendidikan politik sebaiknya khususnya wanita muda.

Siiru 'alaa barakatillah.




MALAM INI !!!PRN MELAKA : TERSURAT & TERSIRAT
11/23/2021

MALAM INI !!!

PRN MELAKA : TERSURAT & TERSIRAT

*JANGAN KETINGGALAN MALAM INI !!!*

IKUTI *Bicara Siasah..*
di *FB Legasi Tok Guru JAM 9.30 MALAM*..

*23/11/2021*(Selasa mlm Rabu)

Tetamu Istimewa :
*Ust. Hj. Zulqarnain Hassan* (Pengerusi Lajnah Tarbiah Dewan Ulama PAS Pusat/Pengarah Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) Negeri Kelantan)

Mengupas Tajuk : *PRN MELAKA : TERSURAT & TERSIRAT*

Nantikan KEMUNCULANNYA!

*SEBARLUASKAN!*

11/22/2021

"Jangan terlalu risau dengan masa depan Islam, sebab Allah akan jaga. Tapi kena risau tentang diri kita yang tidak berbuat apa-apa untuk masa depan Islam"
-Dr Muhammad Fathi Yusof-

Demi Islam!
Ayuh mara!
Demi Islam!
Korban segala!
Generasi Perjuangan
Pantang undur hingga gugur! _______ Senikata Lagu Demi Islam- Soutul Amal




11/20/2021

Pantun buat orang Melaka harini. 😊

Kalau Memilih tempat mandi,
Pertama Teluk kedua pantai,
Kalau memilih pemimpin negeri,
Pertama elok kedua pandai.

Selepas mandi berhias pakai Suasa,
Nampak segak elok pandangan.
Pilih parti yang buat JASA tak kira masa,
Bantu rakyat dalam semua keadaan.

SELAMAT MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB SEMUA 💙


Address

Los Angeles, CA

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ameerah Kijang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category