MFS Auto Workshop

MFS Auto Workshop Servicing, repair and wiring vehicle.

20/04/2023

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN ✨

Alhamdulillah sekali lagi kita akan menyambut bulan Syawal bersama-sama. Berbaki beberapa hari terakhir di bulan Ramadhan ini, marilah kita mendoakan agar Syawal ini membawa 1001 kegembiraan dan kemanisan buat kita semua.

Bersempena hari raya ini, MFS Auto workshop ingin berkongsi sedikit pesanan kepada semua untuk servis dahulu sebelum anda mulakan perjalanan ke kampung halaman. Pastikan kenderaan anda berapa dalam keadaan yang baik untuk menjamin keselamatan anda dan keluarga untuk perjalanan yang lancar dan selesa.

MFS Auto workshop ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua. Kami ingin menyusun 10 jari mohon kemaafan jika ada salah & silap kami sepanjang kerjasama kita berkenalan. Kami mengharapkan Syawal anda pada tahun ini menjadi kenangan paling berharga untuk anda dan keluarga 🖤💚

24/11/2018
16/11/2018
08/11/2018

Info Pasal tayar kenderaan;

1. Kod Tayar Kenderaan:
Contoh 205/65/R1594H

205 = Lebar
65 = Tinggi
R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum
Bebanan
H = Had Maksimum
Kelajuan 210km/jam

Lihat Abjad yang last;
S = Maksimum Had Laju
180 km/jam
T = Maksimum Had Laju
190 km/jam
U = Maksimum Had Laju
200 km/jam
V = Maksimum Had Laju
240 km/jam
Z = Maksimum Had Laju
240 km/jam
W = Maksimum Had Laju
270 km/jam
Y = Maksimum Had Laju
300 km/jam

SEBAB TU BANYAK BERLAKU KEMALANGAN YG BERPUNCA DARIPADA KES TAYAR PECAH KERANA PEMILIK KENDERAAN TIDAK ARIF TENTANG KEMAMPUAN LARIAN TAYARNYA DALAM KEADAAN CUACA DI MALAYSIA.

2. Setiap Tayar Ada 4 Angka
Tercatat Di Sisi Tayar.

Contoh 0514

Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.

Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.

Tayar baharu yang berusia lebih drpd LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).

Jika anda menukar tayar yg baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yg terkini.

Jika membeli tayar keluaran Tahun 2015, minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.

Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2016);
2015 = 20%
2014 = 40%
2013 = 60%
2012 = 80%
2011 ke bawah = PERCUMA

*JENAMA TAYAR MENGIKUT JENAMA DAN GRED DI SELURUH DUNIA.......*

*Premium Brand Tyres*
(Tayar terbaik disegi kualiti ketahanan dan baik ketika jalan basah harga amat mahal)

*Mid Range Brand Tyres*
(Tayar baik disegi kualiti dan baik untuk jalan basah harga mahal)

*Economy Brand Tyres*
(Tayar sedehana terbaik disegi kualiti tayar yang keras dan kurang sesuai untuk jalan basah harga sederhana)

*Budget Brand Tyres*
(Tayar biasa dan tidak berkualiti dan harga murah)elakkan guna jenama tayar ini

*(Premium Brand Tyres)*
Bridgestone
Continental
Dunlop
Goodyear
Michelin
Pirelli
Yokohama

*(Mid Range Brand Tyres)*
Avon
BFGoodrich
Cooper
Falken
Firestone
Fulda
General
Hankook
Kumho
Marangoni
Nokian
Toyo
Uniroyal
Vredestein

*(Economy Brand Tyres)*
Achilles
Apollo
Barum
Ceat
Dayton
Debica
Dmack
ESA Tecar
Federal
GT Radial
Hercules
High Performer
Infinity
Interstate
Kenda
Kleber
Kormoran
Marshal
Matador
Maxtrek
Maxxis
Meteor
Millennium
Nankang
Neuton
Nexen
Nitto
Prestivo
Radar
Riken
Sava
Semperit
Silverstone
Sumitomo
Sunny
Tigar
Viking
westlake tyres
Zeetex
Zeta

*(Budget Brand Tyres)*
Accelera
Admiral
Altenzo
Austone
Autogrip
BCT
Dextero
Duran
Event
Evergreen
Forceum
Fortuna
Fullrun
Fullway
Gislaved
Goodride
Haida
Hero
Herse
Hifly
Jinyu
Landsail
Lassa
Linglong
Maloya
Mastercraft
Mastersteel
Mohawk
Petlas
Platin
Primewell
Roadstone
Rockstone
Rotalla
Runway
Sailun
Sportiva
Star Performer
Starfire
Starmaxx
Sunew
Sunitrac
Syron
Tracmax
Triangle
Tyfoon
Wanli
Westlake

Moga bermaafaat dan dapat membantu😉
C&p

09/06/2018
09/06/2018

*Apa itu MICROSLEEP? INGATAN UNTUK YANG MEMANDU PULANG BERHARI RAYA.*

Pernahkah anda mengalami keadaan di mana semasa anda sedang memandu, anda terlelap, hilang tumpuan atau sebagainya dan apabila anda tersedar, anda sudah begitu rapat dengan kereta di depan anda, dihon oleh kereta lain kerana memasuki lorong dengan cara bahaya atau tiba-tiba sahaja terhantuk pada stering atau pintu di sebelah pemandu? Saya pernah mengalaminya dan keadaan ini dipanggil microsleep.
Microsleep secara mudahnya boleh didefinisikan sebagai tidur yang singkat. Ingin saya tegaskan ianya tidak sama dengan napping atau Qailullah. Perbezaan paling utama ialah microsleep ialah satu perlakuan yang tidak disengajakan manakala napping adalah sesuatu yang dirancang.

Microsleep bermaksud perlakuan seperti tidur yang tidak disengajakan dan tidak dapat dikawal samada dalam bentuk pandangan kosong, tersengguk atau terlelap dalam tempoh yang amat singkat antara 2 ke 30 saat sahaja. Ia biasanya diakibatkan oleh individu yang kepenatan tetapi masih mahu terus berjaga, memandu jarak jauh ataupun menggunakan komputer dalam jangka masa yang panjang. Ataupun apa-apa aktiviti yang berbentuk 'monotonous'. Contoh paling mudah ialah memandu di jalan yang lurus.

Selain itu, microsleep juga boleh berlaku kepada mereka yang kurang tidur, kemurungan dan secara psikologinya penat. Tidaklah menjadi masalah yang terlalu besar sekiranya ianya berlaku semasa anda sedang mengadap komputer atau sedang duduk-duduk tetapi sekiranya anda sedang memandu, ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Microsleep menyebabkan keadaan di mana sesuatu perlakuan yang sedang dilakukan itu terhenti/terganggu (suspended) secara tiba-tiba (behavioral microsleep) yang mengakibatkan dalam kes pemanduan, kemalangan ataupun hampir kemalangan.

Mengikut satu kajian yang dijalankan pada pemandu trak di UK dari tahun 1995 hingga 2001, hampir 20% kemalangan adalah disebabkan keletihan dan satu pertiga dari jumlah itu adalah disebabkan oleh fenomena microsleep ini. Dilaporkan di US sahaja, anggaran 40,000 kecederaan dan 1500 kematian di jalanraya adalah diakibatkan oleh fenomena pemandu yang mengantuk atau tertidur semasa memandu. Itu tidak lagi termasuk satu lagi hasil kajian yang menunjukkan 55% pemandu memandu dalam keadaan mengantuk (sleepiness/drowsines) dan 23% mengaku pernah tertidur semasa memandu.

Adalah amat penting bagi kita yang semestinya teruja memandu pulang ke kampung dan melawat sanak saudara untuk memastikan bahawa kita dalam keadaan yang bagus untuk memandu. Jangan dalam keterujaan kita itu, kita terlupa tentang peri pentingnya rehat dan tidur sekejap.

Salah satu yang mungkin kita boleh amalkan untuk mengelakkan kepenatan dan perasaan mengantuk yang melampau dalam kesibukan berjalan raya ini ialah dengan mengamalkan power napping.

*APA ITU POWER NAP?*

Power nap ialah perlakuan tidur sebentar antara 15-30 minit yang dilakukan untuk mengembalikan semula ketajaman minda dan 'physical performance'. Masa yang terbaik untuk melakukan power nap ialah pada waktu tengahari. Bagi kita umat Islam, perkara ini bukanlah sesuatu yang asing kerana ia adalah satu sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Waktu terbaik adalah bergantung kepada masa yang kita ada dan bagi orang Islam, masa yang digalakkan untuk melakukannya ialah waktu sebelum Zuhur (Qailullah).

Banyak kajian menunjukkan tidur sekejap ini adalah sangat baik untuk minda, fizikal bahkan dari segi emosi. Sains menyarankan tempoh optima melakukannya adalah antara 15-20 minit sahaja.

Perlakuan ini tidak digalakkan dilakukan lebih dari itu kerana kajian juga menunjukkan tidur lebih lama di waktu tengahari akan menyebabkan otak anda lebih lambat untuk berfungsi secara optima semula seolah macam komputer yang lambat 'loading'. Jadi mungkin anda boleh amalkan ini.
Berhati-hati di jalan raya dan selamat memandu.

INGATLAH: 2 saat sahaja sudah cukup untuk malapetaka.

Dr Muhamad HKL
C&p from

Sampai tertido pulop......
11/04/2018

Sampai tertido pulop......

Pasang signboard baru ptg tadi.....
01/10/2017

Pasang signboard baru ptg tadi.....

27/06/2016

Sahabat saya semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan yang tak boleh digunakan.... (Expired)

Info Pasal tayar kenderaan;

1.Kod Tayar Kenderaan..
Contoh 205/65/R1594H..

205 = Lebar
65 = Tinggi
R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum Bebanan
H = Had Maksimum Kelajuan 210 KM / Jam

Jika Ianya Abjad Yang Terakhir, Ianya Seperti Di Bawah;
S = Maksimum Had Laju 180 KM / Jam
T = Maksimum Had Laju 190 KM / Jam
U = Maksimum Had Laju 200 KM / Jam
V = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam
Z = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam
W = Maksimum Had Laju 270 KM / Jam
Y = Maksimum Had Laju 300 KM / Jam

2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatit Di Sisi Tayar..

Contoh 0514..

Ianya Menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014..

Tempoh Penggunaan Tayar Adalah Selama 5 Tahun Dari Tarikh Ianya Dikeluarkan..
Tayar Baru Yang Berusia Lebih Dari 5 Tahun Masih Boleh Digunakan Tetapi Ianya Telah Menjadi Keras Sebab Getah Tayar Sudah Tamat Tempoh (Expired)..

Jika Tukar Tayar Yang Baharu Pastikan Tahun Pengeluarannya Adalah Tahun Yang Terkini..
Jika Beli Tayar Keluaran Tahun 2013 Minta Diskaun Sebanyak 20% Daripada Harga Asal..

Berikut Adalah Diskaun Harga Tayar Mengikut Kepada Tahun Tayar Yang Dikelurkan Dari Tahun Semasa (2014);
2012 = 40%
2011 = 60%
2010 = 80%
2009 = Percuma
Semoga Perkongsian Ini Membantu Kita Agar Tidak Ditipu Oleh Kedai Jual Tayar..u
Share Lerrr Kepada Group² Lain....

Semoga ini memberi manfaat kepada kita semua....

Address

Lot 3176, Kg Kutan Hulu
Wakaf Baharu
16250

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

019 5756506

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MFS Auto Workshop posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share