27/02/2026
Kereta ni memang sedaplah bila kau beli untuk bini kau untuk hantar dan ambik anak kat sekolah dan setakat nak pergi pasar. Kontot dan senang nak parking.
Kereta apa? Kereta Proton eMas 5 varian Prime.
Kereta ni boleh je pergi jarak jauh walaupun jarak pergi dia Proton kata 225 km je. Cuma aku nak rekemen kereta ni bila orang nak hadiahkan kat bini dia je untuk hantar dan ambik anak kat sekolah.
So, berapa kos pemilikan sebulan untuk Proton eMas 5 varian Prime yang berharga RM56,800 ni? Haa... Meh tengok bawah ni, aku tolong kirakan.
1. Kos pinjaman
Katalah kau ambik loan kereta ni dengan interest 2.5%, downpayment 10% dan tempoh loan 9 tahun, jadi bulan bulan kau kena bayar lebih kurang RM580.
2. Kos road tax dan insurans
Kos road tax dan insurans untuk setahun lebih kurang RM1620 setahun. So, kalau nak menyimpan setiap bulan, kau kena simpan RM135. Barulah tak kalut nak bayar segedebuk bila insurans dah expired.
3. Kos servis
Untuk 5 tahun pertama, jumlah kos servis lebih kurang RM1,300. So kalau convert ke bulanan, kita kena simpan lebih kurang RM43 untuk kita standby sebelum sampai masa nak servis.
4. Kos elektrik
Katalah setiap bulan kereta ni gerak 600 km je dan kadar penggunaan elektrik dia ialah 10 kWh per 100 km dan kau cas pun kat rumah je, dengan kadar tarif elektrik rumah 57 sen, so kos elektrik sebulan kau lebih kurang RM35.
5. Kos wear and tear
Untuk kos ni aku jangkakan dalam RM50 je sebab kereta elektrik ni bukan banyak benda pun nak kena tukar. Lagipun kereta ni nak guna dalam jarak 600 km je sebulan.
So, berapa total kos sebulan bila beli dan bela kereta ni?
RM580 + RM135 + RM43 + RM35 + RM50 = RM843
Ye, RM843 yang kau kena standby bila kau beli Proton eMas 5 varian Prime untuk bini kau.
Mampu? Rileks, jangan decide sekarang. Balik rumah, buat kira kira betul betul dulu. Jangan decide guna rasa tapi guna akal. Moga moga pengiraan aku ni membantulah untuk kau buat keputusan.
Credit to : Norizwan Azlan