09/07/2026
đ Tragedi Pekerja Tower Beoga, Papua
2 Mac 2022 â 5 Mac 2022
â
Awal Serangan
Pada pagi hari itu, 8 orang pekerja teknisi dari syarikat Palapa Timur Telematika sedang bermalam di khemah berdekatan menara telekomunikasi di kawasan Beoga, Puncak, Papua. Mereka bertugas membaiki rangkaian internet bagi membolehkan penduduk tempatan berhubung dengan dunia luar.
Tiba-tiba pada waktu subuh, sekumpulan orang bersenjata menyerang kem mereka secara mengejut. Mereka membawa parang, kapak dan senjata api. Tanpa peluang untuk melawan, serangan itu berlaku dengan kejam.
đđť
Salah seorang pekerja bernama Nelson Sarira menyedari bahaya yang mengancam nyawanya. Dia tidak sempat mengambil apa-apa, jadi dia bertindak dengan cepat dan melompat dari tebing yang tinggi ke dalam jurang yang dalam dan berhutan lebat.
Jatuh itu menyebabkan kecederaan pada kakinya dan badannya, tetapi dia terus berusaha untuk tidak berhenti. Dia menyelinap di antara semak belukar dan pokok-pokok yang tebal, bergerak perlahan-lahan sambil menahan sakit. Dia tahu jika dia ditemui, nasibnya pasti sama seperti rakan-rakannya.
â
Perjuangan Bertahan Hidup dan Meminta Tolong
Selepas berjaya bersembunyi, Nelson mendapati dia berada di kawasan yang sunyi dan sukar dilalui. Dia tidak mempunyai makanan, air, atau alat komunikasi. Namun, dia tidak berputus ada,Nelson seolah mendengar suara menyuruhnya naik keatas,dengan kekuatan yang ada dan hanya pasrah mengikuti suara yang menyurunya naik,dia berpegangan pada akar pokok dan memanjat naik keatas,Dia kembali ke kem dengan berhati hati untuk melihat rakan rakannya,apa yang dia dapati di kem adalah mayat rakan rakannya yang mengerikan
- Dia teringat ada kamera pengawasan yang dipasang di bahagian atas menara. Dia berulang kali berteriak dan memanggil-manggil agar dapat didengar oleh pengawal di pusat kawalan. Dia juga memanjat ke tempat yang lebih tinggi supaya suaranya dapat sampai lebih dekat dan jelas ke arah kamera tersebut.
â
- Nelson Menjaga diri agar tidur, Dia berasa takut jika penyerang kembali. Oleh itu, dia tidak tidur sepanjang masa dan sentiasa memerhati sekeliling. Dia juga menjaga mayat rakan-rakannya ,memastikan tiada sesiapa yang terpinggir
â
- Bertahan selama 3 hari
Selama tiga hari penuh, dia terus berjuang. Dia memakan buah-buahan liar dan minum air dari sungai karna bekalan makanan sudah habis, serta terus memanggil-manggil meminta pertolongan dari kamera cctv
â
Penyelamatan Akhir
- Selepas tiga hari, isyarat dan suaranya berjaya dikesan melalui sistem CCTV
â
- Helikopter penyelamat dari Tim Operasi Damai Cartenz tiba dan berjaya menyelamatkannya
â
- Dia dibawa ke hospital untuk rawatan kecemasan. Walaupun dia mengalami kecederaan,dia masih selamat. Malangnya, 7 rakan sekerjanya tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia
Akhirnya dia selamat dan dapat menceritakan kisah ini.
Ini adalah pengorbanan yang tidak sepatutnya berlaku. Semoga mereka sentiasa diingati. đđ