WapCar - BM

Website Contact the business

WapCar - BM WapCar adalah hab kandungan automotif sehenti untuk berita, rebiu, perbandingan, & macam-macam lagi! WapCar Autofun Sdn Bhd (1427033-W)

Mercedes-Benz Malaysia secara rasmi membuka Mercedes-AMG ONE Service Hub di Hap Seng Star Bukit Tinggi, Klang, menerusi ...
21/10/2026

Mercedes-Benz Malaysia secara rasmi membuka Mercedes-AMG ONE Service Hub di Hap Seng Star Bukit Tinggi, Klang, menerusi pelaburan sebanyak RM2.2 juta bagi menyediakan kemudahan servis khusus untuk hypercar yang menggunakan teknologi daripada Formula 1 (F1).

Kemudahan ini merupakan sebahagian daripada rangkaian pusat servis eksklusif Mercedes-AMG ONE di seluruh dunia, termasuk di Jerman, Switzerland, Timur Tengah dan Jepun. Ia dilengkapi peralatan diagnostik khusus, teknologi servis voltan tinggi serta juruteknik bertauliah Mercedes-AMG yang menjalani latihan khas untuk mengendalikan jentera berprestasi tinggi ini.

Untuk rekod, Mercedes-AMG ONE menggunakan rangkaian kuasa hibrid E Performance yang menggabungkan enjin V6 turbo 1.6 liter dengan empat motor elektrik, menghasilkan kuasa keseluruhan melebihi 1,063 hp dan mampu mencapai putaran enjin sehingga 11,000 rpm.

Dengan hanya 275 unit dikeluarkan untuk pasaran global, pembukaan pusat servis ini turut mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab strategik bagi menyokong pemilik Mercedes-AMG ONE di seluruh Asia Tenggara dan rantau Asia Pasifik.

Mitsubishi Pajero generasi kelima serba baharu akhirnya dilancarkan di Thailand, kira-kira sebulan selepas debut global....
21/10/2026

Mitsubishi Pajero generasi kelima serba baharu akhirnya dilancarkan di Thailand, kira-kira sebulan selepas debut global.

Pajero bukan nama asing di Malaysia, malah pernah menjadi pilihan agensi kerajaan seperti JKR, JPJ dan PDRM. Kini, dengan generasi baharu ini mula dijual di Thailand, adakah ia akan kembali ke pasaran Malaysia? WapCar menjangkakan ia mungkin tiba sekitar 2027 hingga 2028, tetapi setakat ini belum ada pengesahan rasmi daripada Mitsubishi Motors Malaysia.

Perodua mencatat jualan sebanyak 247,400 unit dalam tempoh sembilan bulan pertama 2026, mengatasi Proton yang menjual 15...
21/10/2026

Perodua mencatat jualan sebanyak 247,400 unit dalam tempoh sembilan bulan pertama 2026, mengatasi Proton yang menjual 153,300 unit.

Walaupun Perodua masih mendahului pasaran dengan pegangan sebanyak 40.9%, jualannya susut tiga peratus berbanding tempoh sama pada 2025.

Sebaliknya, jualan Proton bagi Januari hingga September 2026 meningkat 39.2%, didorong oleh barisan model yang dikemas kini serta harga yang kompetitif.

Malaysia melakar sejarah baharu dalam teknologi automotif apabila Autonomous Logistic Solutions (ALS) melancarkan RoboVa...
21/10/2026

Malaysia melakar sejarah baharu dalam teknologi automotif apabila Autonomous Logistic Solutions (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) yang dilengkapi nombor pendaftaran sah untuk digunakan di jalan raya awam.

Van logistik tanpa pemandu dan penumpang ini bakal menjalani ujian selama enam bulan di laluan Malaysia Autonomous Vehicle (MyAV) sepanjang 22km di Cyberjaya, merangkumi kawasan komersial, institusi pendidikan, stesen MRT dan persimpangan jalan.

Menariknya, RoboVan ini beroperasi secara autonomi dengan pemantauan jarak jauh melalui Pusat Operasi Jarak Jauh (ROC). Data yang dikumpulkan sepanjang ujian akan membantu menilai prestasinya sebelum teknologi ini diperluas untuk penghantaran barangan antara gudang, kilang, pelabuhan dan lapangan terbang.

Adakah kenderaan tanpa pemandu bakal menjadi perkara biasa di jalan raya Malaysia pada masa depan?

Toyota Motor Thailand menerima kelulusan pelaburan sebanyak THB1.49 bilion (kira-kira RM 191 juta) daripada Lembaga Pela...
20/10/2026

Toyota Motor Thailand menerima kelulusan pelaburan sebanyak THB1.49 bilion (kira-kira RM 191 juta) daripada Lembaga Pelaburan Thailand (BOI) bagi memasang pikap elektrik sel bahan api hidrogen, Toyota Hilux FCEV.

Pengeluaran dijadual bermula pada Disember 2027 di kilang Ban Pho, Chachoengsao, dengan kapasiti tahunan sebanyak 3,000 unit. Kesemua unit keluaran awal akan dieksport ke pasaran luar negara termasuk Eropah, Australia dan New Zealand.

Projek ini turut melibatkan naik taraf barisan pemasangan sedia ada serta pembinaan stesen pengisian hidrogen di dalam kilang. Toyota juga dijangka membelanjakan sekitar THB640 juta (RM82 juta) setahun bagi mendapatkan komponen dan bahan daripada pembekal tempatan.

Pelaburan ini mengukuhkan kedudukan Thailand sebagai hab pengeluaran dan eksport automotif global Toyota, selain menyokong pembangunan pelbagai teknologi kenderaan mesra alam termasuk hibrid, EV bateri dan sel bahan api hidrogen.

Malaysia menyasarkan sekurang-kurangnya 50% daripada 34 lebuh raya di seluruh negara dilengkapi teknologi Lebuh Raya Pin...
20/10/2026

Malaysia menyasarkan sekurang-kurangnya 50% daripada 34 lebuh raya di seluruh negara dilengkapi teknologi Lebuh Raya Pintar bagi meningkatkan keselamatan jalan raya, melancarkan aliran trafik dan mengoptimumkan kecekapan sistem pengangkutan secara keseluruhan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkongsi sasaran itu ketika Kongres Dunia Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) 2026 di Gangneung, Korea Selatan.

Kementerian turut memaklumkan bahawa perbincangan dua hala telah diadakan bersama Timbalan Menteri Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Korea Selatan, Jeong Eui-kyung, bagi meneliti serta memperkukuh pelaksanaan Memorandum Persefahaman (MoU) lima tahun yang sedang berjalan dalam kerjasama infrastruktur pengangkutan.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Korea Expressway Corporation (KEC) akan mengadakan perbincangan teknikal bagi memperincikan kerjasama berkaitan pendekatan digital dan teknologi baharu untuk pembangunan serta pengurusan lebuh raya.

Jualan kenderaan di Malaysia mencatatkan penurunan 2.5% pada September 2026 kepada 69,609 unit berbanding 71,428 unit pa...
20/10/2026

Jualan kenderaan di Malaysia mencatatkan penurunan 2.5% pada September 2026 kepada 69,609 unit berbanding 71,428 unit pada Ogos, susulan sikap pengguna yang mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang pembentangan Belanjawan 2027.

Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jualan dijangka kembali meningkat pada Oktober, didorong oleh pelbagai promosi hujung tahun.

Bagaimanapun, segmen kenderaan penumpang menunjukkan prestasi positif dengan jualan meningkat 22% tahun ke tahun kepada 64,835 unit pada September. Secara keseluruhan, jumlah jualan kenderaan bagi tempoh Januari hingga September 2026 meningkat 4% kepada 602,633 unit berbanding tempoh sama tahun lalu.

Tesla mengumumkan kemas kini bagi Model 3 dengan penambahan fungsi Vehicle-to-Load (V2L) Powershare, selain penambahbaik...
19/10/2026

Tesla mengumumkan kemas kini bagi Model 3 dengan penambahan fungsi Vehicle-to-Load (V2L) Powershare, selain penambahbaikan pada ruang kabin dan perkakasan.

Fungsi V2L kini turut tersedia pada Model Y dan Model Y L baharu, membolehkan bateri kenderaan digunakan untuk membekalkan kuasa kepada peralatan elektrik melalui Tesla Outlet Adapter, dengan output sehingga 230V dan 13A.

Bagi Model 3, semua varian kini dilengkapi kemasan siling hitam dan skrin sentuh tengah lebih besar berukuran 16 inci. Pilihan baharu termasuk kemasan dalaman Zen Grey dan rim Dark Nova 19 inci. Model 3 menawarkan jarak pemanduan sehingga 750 km (WLTP), manakala pecutan 0-100 km/j boleh dicapai sepantas 3.1 saat bagi varian Performance.

Tesla Malaysia turut menawarkan insentif terhad, termasuk kadar faedah tetap bermula 0% atau rebat tukar beli sehingga RM10,000 bagi Model 3. Untuk Model Y, pembeli boleh menikmati kadar faedah tetap bermula 0.88% atau rebat tukar beli RM15,000. Menerusi program Refer and Earn, pelanggan yang dirujuk layak menerima diskaun RM 1,000, manakala pemilik yang membuat rujukan menerima Tesla Credits bernilai RM 500.

Tesla Malaysia turut menawarkan insentif terhad, termasuk kadar faedah tetap bermula 0% atau rebat tukar beli sehingga RM 10,000 bagi Model 3. Untuk Model Y, pembeli boleh menikmati kadar faedah tetap bermula 0.88% atau rebat tukar beli RM 15,000. Menerusi program Refer and Earn, pelanggan yang dirujuk layak menerima diskaun RM 1,000, manakala pemilik yang membuat rujukan menerima Tesla Credits bernilai RM 500.

Setakat ini, Tesla Malaysia mempunyai 21 lokasi Supercharger dengan 92 pengecas serta 18 lokasi Destination Charging dengan 78 Wall Connector. Enam lokasi pengecasan tambahan turut dirancang untuk dibuka menjelang akhir 2026 di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Seremban dan Pulau Pinang.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut atau menempah pandu uji menerusi laman web rasmi Tesla Malaysia.

Tambang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi perjalanan sehala dari Gombak ke Kota Bharu bermula RM 125 untuk perkhidmata...
19/10/2026

Tambang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi perjalanan sehala dari Gombak ke Kota Bharu bermula RM 125 untuk perkhidmatan Transit kelas ekonomi, manakala perkhidmatan Ekspres bermula RM 147.

Bagi laluan Gombak-Kuala Terengganu, tambang bermula RM 95 untuk Transit dan RM 110 bagi Ekspres. Sementara itu, perjalanan ke KotaSAS, Pahang bermula RM 60 untuk Transit dan RM 68 bagi Ekspres.

ECRL menggunakan sistem tambang dinamik, bermakna harga tiket boleh berubah mengikut waktu perjalanan, permintaan dan ketersediaan tempat duduk. Perkhidmatan Ekspres dijangka mengambil masa sekitar empat jam dari Gombak ke Kota Bharu, berbanding sehingga lima jam bagi Transit.

Jualan tiket rasmi dijadualkan bermula pertengahan November, manakala operasi komersial penumpang disasarkan bermula 12 Disember 2026, tertakluk kepada kelulusan berkaitan.

Diskaun 50% turut ditawarkan kepada kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun, warga emas berumur 60 tahun ke atas, pemegang kad OKU dan pesara kerajaan. Pelajar berumur 13 hingga 24 tahun p**a layak mendapat diskaun 40%.

Pasukan Mercedes-AMG Petronas Formula One Team menyatakan hasrat untuk melihat Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kembali k...
19/10/2026

Pasukan Mercedes-AMG Petronas Formula One Team menyatakan hasrat untuk melihat Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kembali ke kalendar Formula 1 (F1) secara tetap.

Mengimbas kembali acara promosi baru-baru ini di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur, yang menghimpunkan ribuan peminat, Timbalan Ketua Pasukan Mercedes, Bradley Lord, berkata Malaysia terasa seperti perlumbaan di laman sendiri buat pasukan itu, hasil kerjasama jangka panjang dengan Petronas selaku penaja utama.

Menurut Lord, kep**angan F1 ke Sepang akan menjadi tambahan yang baik untuk pemandu dan peminat. Bagaimanapun, beliau secara berseloroh berkata mereka mungkin akan meminta permukaan litar itu diturap semula terlebih dahulu.

Selain Malaysia, Lord turut menyokong usaha F1 untuk mengembangkan saingan di Asia, dengan menyebut India, Thailand dan Vietnam sebagai antara negara yang berpotensi menjadi tuan rumah perlumbaan.

Dalam perkembangan berkaitan, syarikat teknologi pencahayaan Signify mengesahkan bahawa kekangan teknikal tidak akan menjadi penghalang sekiranya pihak berkuasa Malaysia memutuskan untuk menjadikan Sepang sebagai litar perlumbaan malam.

Ketua Pegawai Eksekutif Signify, Eric Tempelman, berkata syarikat itu bersedia menyediakan teknologi pencahayaan untuk perlumbaan Grand Prix pada waktu malam di Malaysia.

Beliau merujuk kepada pengalaman Signify dalam sukan permotoran, termasuk membekalkan sistem lampu limpah LED khusus yang mampu mengurangkan penggunaan tenaga sambil memberikan pencahayaan yang jelas tanpa silau, sesuai untuk perlumbaan berkelajuan tinggi.

Bagaimanapun, Tempelman menegaskan bahawa pelaksanaan projek sedemikian bergantung pada perancangan rasmi serta keputusan kewangan pihak penganjur perlumbaan dan kerajaan Malaysia.

Address

Petaling Jaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when WapCar - BM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to WapCar - BM:

Shortcuts

Share

Category