01/08/2025
Masya-Allah! TabarakAllah!
KERANA WAYAR PLUG YANG DIPOTONG SENGAJA… SAYA HAMPIR MATIKAN BISNES SENDIRI.
“Boss… saya potong sikit je wire plug tadi, saja nak bagi kereta semput sikit.”
Ayat tu masih terngiang dalam kepala saya sampai hari ni.
Bukan sebab saya marah sangat kat pomen tu tapi sebab saya rasa saya sendiri yang gagal jaga amanah customer.
Hari tu saya sedar… kalau saya nak teruskan bengkel The Slenda, saya kena pilih:
duit cepat… atau maruah.
••••••
Masa mula dulu, kami bukan bengkel pun.
Kami cuma stokis minyak Maxoil dekat Kota Bharu. Kedai kecik jah..
Takde pomen, Tak ada tools hebat. Cuma ada rak jual minyak hitam dan angan-angan nak customer kamk datang servis kereta dengan puas hati dan gembira.
Hari-hari explain kat customer:
“Brand ni tak famous, tapi kami sendiri pakai. Enjin Tahan. Enjin jadi Bersih. Ringan walaupun nak habis mileage.”
Pelanggan masa tu? Tak sampai 100 orang. Tapi yang datang, setia.
Bila repeat, mereka bawa adik, jiran, sepupu.
Masa tu saya mula percaya kalau kita jujur dan sabar, insyaAllah orang nampak.
Lepas 5 tahun, kami ambil risiko buka bengkel sendiri.
Mula cari pomen. Tapi yang datang silih berganti.
Ada yang kerja cincai. Ada yang buat kerja asal boleh.
Paling susah bila kita nampak sendiri… ada yang cuba “ajar” kita supaya pandai menipu sikit-sikit:
“Boss, kalau nak pelanggan repeat… kena kreatif sikit. Pelanggan mana tahu bawah hood macam mana.”
Saya senyum masa tu. Tapi hati saya tak senang.
•••••
Satu hari, seorang pelanggan datang tukar minyak & plug.
Servis selesai, dia bayar dan balik. Semuanya nampak okay.
Tiba-tiba, pomen yang buat kereta tadi datang kat saya.
Suara dia perlahan.
“Boss… saya potong sikit wire plug tadi. Nak bagi kereta tu semput sikit je. Biar dia datang balik nanti tukar full set.”
Saya terdiam. Terasa macam masa berhenti.
Saya ulang ayat dia dalam kepala. Potong? Sengaja? Supaya repeat?
“Kalau anak dia naik kereta tu, eksiden sebab enjin semput… awak nak jawab apa?”
Dia tunduk diam. Tapi saya dah buat keputusan.
Saya pecat dia hari tu juga.
Tak tunggu cukup bulan. Tak kira dia nak viralkan bengkel ke apa.
Lepas dia keluar, saya duduk sorang-sorang dalam kereta.
Saya menangis. Bukan sebab dia tipu saya… tapi sebab saya rasa saya sendiri yang gagal.
Saya benarkan nama bengkel saya dicemari.
Tapi hari tu juga, saya janji :
The Slenda takkan jadi bengkel asal boleh.
Kami hanya akan ambil pomen yang buat kerja dengan hati.
••••
Lepas tu saya bina team baru perlahan-lahan.
Cari pomen yang jujur. Yang buat kerja teliti. Yang tak gelabah bila customer tanya.
Kami educate pelanggan.
Buat fast servis dengan SOP ketat. Tunjuk plug lama. Tunjuk mounting koyak. Tunjuk minyak yang dah hitam.
Tak paksa orang tukar tapi kami explain satu-satu supaya mereka faham.
Dari 100 pelanggan, naik ke 1000.
Sekarang… lebih 4000 pelanggan tetap.
Semuanya sebab kami pilih jalan susah: jalan jujur.
•••••
Ramai orang boleh tukar minyak hitam sendiri.
Tapi tak semua tahu buat dengan betul.
Dan tak semua bengkel buat dengan amanah.
The Slenda bukan bengkel mewah. Tapi kami jaga kereta anda macam kereta mak ayah kami sendiri.
Sebab kami tahu… dalam setiap kereta, ada orang yang disayangi.
Dan saya akan pastikan apa pun yang berlaku… kami takkan tipu semata-mata nak bagi orang datang balik.
Afif The Slenda
Kota Bharu
01120764878