QCAR K.Kinabalu

  • Home
  • QCAR K.Kinabalu

QCAR K.Kinabalu Service and repair car shop that offer various car repair and services.

Pemilik Nissan Navara D40 wajib tahu ini sebelum terkena!!Kenderaan Navara D40 mempunyai satu komponen elektrikal yang d...
06/05/2026

Pemilik Nissan Navara D40 wajib tahu ini sebelum terkena!!
Kenderaan Navara D40 mempunyai satu komponen elektrikal yang dipanggil IPDM (Intelligent Power Distribution Module) yang mengawal pengagihan tenaga elektrik ke beberapa komponen yang memerlukan tenaga elektrik untuk berfungsi.
Berikut adalah simptom yang kerap muncul jika IPDM ini mengalami kerosakan.

1.Wiper tidak berfungsi.
2.Aircond gagal berfungsi
3.Lampu hadapan menyala tanpa diminta.

Jika simptom ini muncul sekali hampir dapat dipastikan IPDM anda mengalami kerosakan.
Pemeriksaan lanjut wajar dibuat sebelum memutuskan untuk menukar IPDM kenderaan anda.

06/05/2026

Bunyi pada kenderaan yang disangkakan berpunca daripada suspension part rupanya bukan.
Jangan tersalah langkah dengan menukar part suspension sebelum membuat pengesahan kerosakan yang sebenar.Dapatkan pemeriksaan untuk mengelakkan kesilapan menukar alatganti.

17/04/2026

Hello gaiss!!

lama tidak bersiaran disebabkan kesibukan di bengkel.Tapi kami masih disini juga ya dan berusaha memberikan yang terbaik semampu kami.
Kami kini menyediakan kemudahan pemeriksaan suspension dan undercarriage kenderaan menggunakan teknologi Mesin CHASSIS SIMULATOR!
Untuk anda yang menghadapi masalah bunyian pada bahagian bawah kenderaan dan sedang buntu mendapatkan penyelesaian segera,dapatkan khidmat pemeriksaan menggunakan medin Chassis Simulator di QCAR AUTOCARE dengan segera!!

19/03/2026

Nissan Teana J32 mengalami overheat yang menyebabkan gasket head bocor serta minyak engin bercampur dengan coolant.
Hari ini sehari sebelum Hari Raya Aidil Fitri,siap sepenuhnya.

Terima kasih untuk kepercayaan yang diberi.
Semoga perjalanan balik kampung berjalan lancar dan selamat sampai kepangkuan keluarga tersayang sempena hari yang mulia ini.

Kami di QCAR AUTOCARE ingin mengucapkan,

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI.
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Hello gaiss!!Kami kini secara rasminya menyediakan perkhidmatan pemeriksaan dengan menggunakan mesin 'Chassis Road Simul...
10/03/2026

Hello gaiss!!

Kami kini secara rasminya menyediakan perkhidmatan pemeriksaan dengan menggunakan mesin 'Chassis Road Simulator' di bengkel QCAR AUTOCARE!

Sedikit informasi mengenai mesin ini.

Mesin ini membantu mekanik mengenal pasti punca bunyi pada sistem suspension dengan lebih tepat dengan bantuan Chassis Road Simulator.

​Alat ini berfungsi dengan cara menyamakan getaran dan keadaan jalan raya yang sebenar pada roda kenderaan ketika dalam keadaan statik.

Melalui simulasi ini, mekanik kami dapat mengesan kerosakan pada komponen seperti shock absorber, bushings, dan ball joints dengan lebih teliti tanpa perlu melakukan pandu uji di jalan raya yang berisiko.Ini bermakna segala 'teka-teki' kerosakan sistem suspension anda akan segera terjawap!.

Jadi untuk kamurang yang masih berteka teki dengan bunyian kereta kamu yang tidak selesa dan juga mungkin membahayakan jika terus dipandu,mari hubungi kami untuk mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan ini.

Bah,jangan kasi lama!!

09/03/2026

Customer komplen Xtrail T30 ni ada bunyi sebelah kiri hadapan.
Naik mesin chassis and suspension simulator,terus jumpa punca bunyi.

Buat kawan2 yang mahu cek punca bunyi suspension kenderaan berbunyi - booking sudah dibuka ya..slot pemeriksaan akan dibuka bermula pada 16hb Mac 2026.

04/03/2026

Berikut adalah penyebab-penyebab utama yang menyebabkan coolant bercampur dengan minyak :

​1. Kebocoran Sistem Penyejukan
​Ini adalah punca paling lazim. Kebocoran boleh berlaku pada hos getah, radiator, water pump, atau thermostat housing. Apabila cecair penyejuk (coolant) berkurangan, sistem tidak lagi mampu menyerap haba dari enjin dengan berkesan.

​2. Masalah pada Thermostat
​Thermostat berfungsi sebagai injap yang mengawal aliran coolant ke radiator. Jika ia tersekat dalam keadaan tertutup (stuck close), coolant tidak dapat mengalir ke radiator untuk disejukkan, menyebabkan suhu enjin meningkat dengan mendadak dalam masa yang singkat.

​3. Kerosakan Kipas Radiator
​Kipas radiator bertanggungjawab menarik udara melalui sirip radiator untuk menyejukkan cecair di dalamnya, terutamanya ketika kenderaan berhenti atau bergerak perlahan. Jika motor kipas terbakar atau fius putus, suhu akan naik dengan cepat semasa dalam kesesakan lalu lintas.

​4. Radiator Tersumbat
​Lama-kelamaan, karat atau mendapan mineral boleh terkumpul di dalam radiator. Ini menghalang aliran cecair dan mengurangkan kecekapan pemindahan haba. Penggunaan air paip biasa (bukannya coolant yang berkualiti) mempercepatkan proses pengaratan ini.

​5. Water Pump Gagal Berfungsi
​Water pump adalah "jantung" yang mengepam cecair ke seluruh blok enjin. Jika bilah (impeller) di dalamnya haus atau talisawat (belt) yang memusingkannya putus, cecair penyejuk tidak akan beredar, menyebabkan haba terperangkap di dalam enjin.

Semoga bermanfaat!

03/03/2026

Panjang enginnya.

02/03/2026

Santik bulan...

Address

JALAN TUARAN BYPASS ,OPPOSITE INSTITUTE SINARAN (PREVIOUSLY KNOWN AS 1ST AUTO)

88450

Telephone

+60104554472

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when QCAR K.Kinabalu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Autos & Automotive Service?

Share