22/10/2024
-Semua mahal dah ni, Perodua je jimat-
Hari tu abam ada terbaca 2 posting berkenaan golongan millenial muda nak beli kereta, naik seram rasanya. Bukan apa, gaji RM 1600 dah nak beli jenama import. Tapi tue ok lagi. Ada satu kes gaji RM 3000 nak beli Mercedes A45.
Pening kepala abam bila tengok imiginasi adik adik zaman millenial. Bukan abam jeles, tapi biarlah berpijak di dunia nyata. Nak beli boleh, tapi standby la bayaran pendahuluan RM 200,000.
Pun begitu, kena fikir kos kos lain pemilikan kereta. Nak kena isi minyak, nak kena prepare duit takaful, roadtax, servis, breakdown, tukar tayar dan macam macam lagi dik. Rasanya zaman sekarang “peer pressure” kuat sangat.
Tengok orang beli Merz, kita pun nak beli. Tengok orang beli Ferrari, kita pun follow. Satu lagi senang nak post gambar Merz kat Facebook, senang dapat pujian. Dapat pujian sehari, merana 9 tahun pun tak guna.
Kalau gaji dalam RM 3000, beli Perodua pun apa salahnya. Minyak jimat. Eh ada kawan abam beli Civic, tapi bila nak jalan jalan tumpang Myvi abam. Malas nak fikir isi minyak dan kos servis.
Tak caya boleh cek berapa kos servis minima jenama import, sanggup ke tak sanggup. Cuba compare pulak kos servis Perodua, senyum je dik. Terus bayar cash tak de hutang hutang bayar servis.
Cuba pakai Axia baru, sekali isi minyak paling kurang seminggu ke 2 minggu tahan. Hujung bulan konfem ada duit lebih, janganlah hujung bulan call mak ayah sebab nak pinjam duit pulak kan.
Ada duit lebih belanja awek makan, bagi duit kat mak ayah lagi bagus.
Boleh roger abam terus untuk test drive. Test drive je bukan bayar pun… Tak suruh booking pun.