My Little Garage

My Little Garage Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from My Little Garage, Cars, Shah Alam.

02/10/2022
Pernah beberapa kali bila servis atau repair brake master cylinder (bmc) jenis Gmc90376  terjumpalah brake nut yg salah ...
19/12/2018

Pernah beberapa kali bila servis atau repair brake master cylinder (bmc) jenis Gmc90376 terjumpalah brake nut yg salah sais dan thread digunakan utk bmc tersebut. Bmc jenis ini menggunakan servo dan di pasang pada kereta mini sejak tahun 1988. Brake nut yg digunakan juga adalah berukuran metric M10x1.0. Brake nut metric (mm) juga digunakan pada dual line bmc terutamanya jenis split system tahun 1978. Ada juga dual line bmc yg awal pengeluaran menggunakan thread unf (inci) sama dengan bmc single line Gmc171 yg macam tin susu tu. Bmc dual line Gmc227 keluaran tahun 80-89 menggunakan sais metric.
Kenapa ini berlaku?
Sebagai pemilik kereta mini kita memang cenderung utk mengubah suai kereta tersayang. Yang mana guna brake drum dihadapan dah digantikan dengan disc samaada 8.4” utk tayar 12” atau 7.5” S/GT (dah rare) utk tayar 10”. Bmc pun diupgrade dari tin susu kepada yang ada servo dari half-cut Jepun. Kalau tukar keseluruhan system brake dari half-cut adalah lebih baik.
Disinilah kekeliruan berlaku samaada secara sengaja atau tidak sengaja...
Lubang thread female M10x1.0 iaitu 10mm adalah lebih besar dari ukuran nut brake male unf3/8x24tpi iaitu 9.5250mm. Oleh itu nut male senang di screwkan pada female dan diikat sehingga ketat walau pun thread nampak sama tetapi tidak serupa langsung. Bila dilakukan secara begini terjadilah cross thread antara male dan female. Memang pada mulanya tiada apa-apa kebocoran yg berlaku pada sambungan tersebut tetapi lama kelamaan kebocoran pasti berlaku akibat thread tidak selari terdedah p**a pada hakisan dan gegaran pada sambungan tersebut. Ingat brake pressure adalah melebihi 1000psi.
Selalunya cross thread pada bmc akan terus merosakkan thread tersebut dan tidak boleh digunakan lagi. Adakalanya boleh jugak diselamatkan dengan rethread kalau tidak terpaksalah owner beli baru ...harga pun sesak nafas jugak sekarang ni. Saya memang tak rekomen beli bmc second hand kerana kebanyakkan yang second pun dah tak berapa elok lagi.
Sistem brake adalah keselamatan utama dalam sesebuah kenderaan. Kalau engine tiba-tiba rosak semasa kereta dipandu boleh jugak kita tekan brake utk berhenti tetapi kalau system brake rosak semasa memandu...apa benda yg kita nak tekan...tahan nafas je la. Harap-harap masih boleh bernafas lagi.....
Boleh rujuk article saya mengenai perihal brake pipe somewhere dalam page ini.

Buat offset key utk camshaft. Nak beli sekarang dah mahal. Kalau nak beli vernier gear set lagi kopak... lagi pun bukan ...
01/11/2018

Buat offset key utk camshaft. Nak beli sekarang dah mahal. Kalau nak beli vernier gear set lagi kopak... lagi pun bukan nak racing. Dpt lebih kurang hampir degree tu pun dah ok. Offset tu pakai random je tak tahu berapa degree sehingga dipasang dan set timing pada camshaft. Kena buatlah 2-3 biji utk dpt lebih kurang degree yg dikehendaki. Selalunya dpt advance antara 2°- 4° ok la.

Dah lama benar tak setting cam...
21/10/2018

Dah lama benar tak setting cam...

Kerja² org pencen..
14/02/2018

Kerja² org pencen..

Mini Clubman 1000 changing valves seals.
28/09/2016

Mini Clubman 1000 changing valves seals.

Fabricating alternator fan guard..
28/09/2016

Fabricating alternator fan guard..

14/03/2016

1997 mini auto gearbox pressure test - static
N..1..2..3 and D..pressure 6.5bar, R..11.3bar

14/03/2016

Auto gearbox pressure test on road...

19/01/2016

TOP OVERHAUL KERETA MINI (PENERANGAN RINGKAS)
Oleh: Sabri Mohd Yusoff, Selasa 19/1/2016.
Perlukah kereta mini anda membuat top over? Dalam situasi bagaimanakah ianya perlu di buat? Apakah alat-alat ganti yg perlu di tukar? Dan berapakah kosnya?
Seperti juga dengan kereta moden yang lain, kereta mini yang di selenggara dengan baik dan mengikut jadual jarang mengalami kerosakan enjin dan lain2 komponen dengan penggunaan biasa. Tapi adakalanya dengan kecuaian kita sendiri dan tanpa di duga kereta mini kita mengalami kerosakan yang serius pada enjinnya. Mulalah kerisauan tertanam di lubuk hati.
Salah satu perkara yang sering melibatkan kerosakan enjin pada peringkat mulanya adalah berpunca daripada komponen cylinder head. Cylinder head adalah komponen enjin yang terletak paling atas pada sebuah enjin. Antara komponen asas di bawah cylinder head adalah terdiri daripada cylinder block dan gearbox. Cylinder head bercantum pada cylinder block dengan dilapisi sekeping head gasket yg di ikat dengan bolt dan nut mengikut torque yg di tetapkan. Cylinder head gasket yg berkualiti dalam sesebuah enjin mempunyai ketahanan suhu berbeza dari mula enjin yg sejuk di start sehingga boleh mencapai suhu yg tinggi dalam masa yg singkat. Ia juga berperanan sebagai seal vacuum, mengekalkan tekanan combustion dan juga terdedah pada api dalam combustion chamber yg boleh mengcapai suhu melebihi 2000 darjah F. Laluan serta saluran minyak enjin dan coolant yg melincir dan menyejukkan komponen antara cylinder head dan block enjin juga di seal oleh cylinder head gasket supaya tidak bocor.
Pada cylinder head terdapat komponen rocker set, valve set, spark plug , thermostat dan temperature sensor. Untuk melindungi komponen dalaman cylinder head ianya ditutupi oleh rocker cover yang di lapisi diantara sekeping gasket komposit gabus. Gasket ini adalah untuk menghalang minyak enjin terkeluar dari atas cylinder head. Diatas rocker cover terdapat penutup di mana minyak enjin di tuang ke dalam enjin melaluinya. Dua biji nut mengikat rocker cover tersebut pada cylinder head.
Di sebelah belakang cylinder head terdapat gabungan inlet (intake) dan outlet (exhaust) manifold. Karburetor yg terletak pada inlet manifold akan menyalurkan petrol melalui inlet valve kemudian di mampat oleh piston dan di bakar dalam combustion chamber. Sisa gas yg telah terbakar kemudian di tolak melalui exhaust valve seterusnya keluar ke udara melalui sistem exhaust.
Sistem penyejukkan mini yg asas terdiri dari radiator, waterpump, thermostat, kipas dan hos atas dan bawah radiator. Mini yg di pasang aircond selalunya perlu ada kipas elektrik tambahan yg di hidupkan melalui sensor atau manual switch.
Jika tidak di sedari, kebocoran coolant melalui radiator, hose dan juga water pump boleh menyebabkan suhu enjin mendadak tinggi seterusnya merosakkan head gasket. Selain carbon yg tebal pada permukaan piston dan combustion chamber, saluran coolant yg tersumbat dalam cylinder head, block serta radiator boleh juga menyebabkan suhu yg tinggi. Amat penting untuk memantau temperature meter lebih2 lagi apabila tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.
Jika tiba2 enjin panas dan berasap-asap akibat kebocoran coolant, berhentikan kereta di tempat yg selamat dan segera matikan enjin. Pastikan dari mana punca kebocoran tersebut. Kalau ianya kebocoran yg kecil pada hos atau radiator dan coolant tidak bercampur dengan minyak enjin atau minyak enjin tidak bercampur dengan coolant di radiator, kemungkinan head gasket tidak leaking atau rosak dan cylinder head tidak bengkok (warpage). Setelah enjin benar2 sejuk tambahkan coolant/air kedalam radiator dan start enjin. Pastikan kehilang coolant tidak terlalu cepat dan suhu enjin tidak meningkat dengan mendadak. teruslah menuju ke bengkel terdekat bagi membaiki kebocoran coolant tersebut.
Kereta mini mempunyai cylinder head yg diperbuat daripada bahan cast iron ia itu besi tuang. Ianya lebih tahan dari cylinder head kereta lain yg lazimnya di perbuat daripada aluminium. Pengalaman saya, amat jarang sekali cylinder head kereta mini bengkok (warpage) dan perlu dipotong (resurface) bagi meratakan head tersebut. Walau bagaimanapun head tersebut perlu di ukur menggunakan straigth edge dan feeler gauge bagi memastikan ianya benar2 rata sebelum di pasang semula. Jika head perlu resurface pastikan ianya dilakukan paling minima sekali. Resurface berlebihan akan menaikkan compression ratio dari standard dan dalam sesuatu keadaan akan membuat enjin cepat panas.
Menjawab persoalan di atas: Memang amat perlu kereta mini di buat top overhaul jika mileage telah melebihi 120,00km – 150,000km dalam pengunaan biasa. Head gasket walaupun mempunyai ketahanan yg tinggi tetapi ianya tidak boleh bertahan selama-lamanya. Peningkatan karbon pada piston, valve dan combustion chamber, akan menambahkan lagi tekanan dan peningkatan suhu. Lama kelamaan ia akan rosak dan pecah menjadikan cylinder kehilangan compression dan juga kemungkinan minyak enjin akan bercampur dengan coolant atau sebaliknya. Lebih buruk lagi head dan cylinder block boleh terhakis dan bengkok. Jika cylinder block terhakis atau bengkok, enjin perlu di keluarkan dan di hantar ke engineering shop utk di ratakan permukaannya, melibatkan kos yg tinggi.
Semasa membuat top overhaul, karbon pada piston, valve dan combustion chamber perlu di kikis dan dibersihkan. Kereta yg tinggi mileage akan mendapati exhaust valve dan seat menjadi terhakis (pitted). Valve grinding atau lapping perlu di lakukan antara valve dan valve seat bagi mendapatkan seal yg kejap. Dalam keadaan biasa tiada apa-apa alat ganti yg perlu di tukar. Kecuali valve bengkok, pecah, melekat pada valve guide atau valve guide longgar. Adakala valve seat terlalu pitted hingga tidak boleh di lapping lagi. Valve seat boleh di recut dan di ganti dengan kos yang agak tinggi. Kalau tidak ekonomik untuk di buat semula, eloklah cari cylinder head secondhand saja.
Top head gasket set mengandungi : head gasket, manifold gasket, valve seal 8 biji, rocker cover gasket dan thermostat housing gasket. Ianya boleh di dapati dari beberapa jenis material dan kualiti. Gunalah head gasket dari material dan kualiti yg paling baik sekali.
Berapakah kosnya untuk membuat top overhaul? Bergantung pada bengkel dan individu yg melakukan kerja2 tersebut. Kos juga bergantung kepada keadaan cylinder head dan enjin kereta anda? Jika anda tunggu sehingga enjin jammed kerana berpunca dari kerosakan pada head gasket....jawabnya: Ribu-ribuan la!
Sekian.

Compression test dan proses top overhaul keatas enjin kereta mini 998 c.c yg telah terbakar head gasket.
19/01/2016

Compression test dan proses top overhaul keatas enjin kereta mini 998 c.c yg telah terbakar head gasket.

Address

Shah Alam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when My Little Garage posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category