30/09/2026
Bila meter suhu enjin mula naik ke kawasan merah, jangan paksa kereta terus berjalan. Cari tempat yang selamat, berhenti dan matikan enjin dulu.
Paling penting, jangan terus buka radiator cap ketika enjin masih panas sebab coolant dalam sistem boleh berada dalam keadaan sangat panas dan bertekanan.
Bila enjin dah sejuk, periksa paras coolant pada tangki reservoir dan tengok kalau ada kesan kebocoran atau titisan coolant di bawah kereta.
Kalau coolant rendah, ada kebocoran atau suhu naik semula selepas enjin dihidupkan, buat pemeriksaan dengan segera.
Punca overheat boleh datang daripada coolant kurang, radiator bermasalah, kipas radiator tak berfungsi, thermostat atau komponen sistem penyejukan yang lain.
Jangan tunggu sampai enjin overheat teruk.
Nak lagi banyak tips penjagaan kereta yang mudah faham?
Follow Akademi Bateriku sekarang juga. π§β‘