18/09/2026
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) dengan bangganya mengumumkan Saidahtul Khairunisa binti Martius dari Ipoh, Perak sebagai pemenang hadiah utama peraduan “Buy 1 Free 1” Xforce. Beliau membawa p**ang sebuah Mitsubishi Xforce Ultimate serba baharu.
Peraduan ini dilancarkan sebagai sebahagian daripada promosi early bird yang diumumkan bersempena pembukaan tempahan Mitsubishi Xforce pada Februari 2026.
Pelanggan yang membuat tempahan Xforce sepanjang tempoh kempen berpeluang menikmati rebat tunai RM5,000 serta tiga kali servis buruh percuma, selain berpeluang memenangi sebuah lagi Xforce menerusi peraduan tersebut.
“Sebaik sahaja saya tiba di bilik pameran, saya berasa terkejut dan teruja kerana langsung tidak tahu apa yang sedang berlaku. Saya tidak pernah menyangka akan memenangi sebuah Mitsubishi Xforce serba baharu,” kata Saidahtul Khairunisa, pemenang hadiah utama.
“Apa yang menarik perhatian saya terhadap Xforce pada awalnya ialah reka bentuknya yang bergaya. Selepas memandunya p**a, saya dapati ia sangat selesa. Pengalaman pemanduan keseluruhannya membuatkan saya berasa lebih selamat dan yakin ketika berada di jalan raya.”
Tahniah diucapkan kepada Saidahtul Khairunisa atas kemenangan Xforce Ultimate!