10/07/2025
Apa ???!! Nak bayar pendaftaran RM300 pun tak mampu β¦
Di bawah kendalian saya. Sekiranya terdapat ada calon yang tidak mampu nak bayar duit pendaftaran sebanyak itu. Hadirlah seperti biasa dan bayarlah semampu yang anda boleh bayar. Selepas calon telah daftarkan diri ketika hari pendaftaran, saya akan memohon kepada Pusat Bertauliah agar memberi SURAT PENGESAHAN BELAJAR untuk calon mendapatkan bantuan awal pendidikan melalui Zakat Negeri masing masing yang rata rata akan di beri sebanyak RM500.
Jadi, selepas calon mendapatkan bantuan berkenaan bayarlah bakinya tau !
Seni Kulinari
Macfas Academy & Training Centre Negeri Sembilan
Kulinari no 1 dalam Negeri Sembilan.
Kepada rakan rakan saya di dalam Fb dan Tiktok yang mempunyai anak anak , anak sedara atau anak kenalan yang tidak mempunyai SPM atau lepasan Tahfiz yang tidak memiliki sijil akademik⦠boleh hubungi saya untuk sambung belajar dalam bidang KEMAHIRAN SENI KULINARI.
Bermula dengan Tahap 2 ( Sijil Rendah ) anda boleh belajar sehingga ke peringkat Diploma Kemahiran Malaysia ( DKM ) walaupun anda tidak mempunyai sijil akademik ( tiada SPM - GAGAL - Tidak Menghadiri Peperiksaan - lepasan tahfiz ) malah anda juga layak untuk mengambil DIPLOMA LANJUTAN KEMAHIRAN MALAYSIA ( DLKM - Tahap 5 )
Ini adalah peluang kedua bagi golongan keciciran pelajaran di dalam membentuk kerjaya dan masa depan anak anak muda di dalam industri kelak. Saya berpengalaman dalam menguruskan kemasukkan pelajar di dalam Program TVET ini sejak tahun 2015 lagi dan telah menguruskan lebih 2 ribu pelajar untuk menyertai program TVET ini.
Ada juga terdapat ibu ayah yang masih tidak faham secara mendalam mengenai hala tuju sekiranya anak anak mereka menyertai program TVET ini. Ada juga segelintir yang sering bertanya adakah Sijil dan Diploma ini LAKU ? Untuk makluman. Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia ini dianugerahkan oleh Kementerian Sumber Manusia melalui JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN ( JPK ) dan semestinya diiktiraf oleh kerajaan malah ia juga di iktiraf oleh pihak industri sendiri.
Bagi yang ingin menyertai Program Kemahiran Malaysia di dalam bidang SENI KULINARI. Anda boleh mohon di bawah kendalian saya. Di mana pelajar yang di bawah kendalian saya akan di beri keistimewaan di dalam beberapa perkara antaranya :-
1- Yuran Pendaftaran Rendah
2- Selepas Pendaftaran masuk, Pelajar akan mendapatkan bantuan melalui zakat.
3- Mendapat bantuan daripada wakil rakyat kawasan masing masing
4- Di beri kaunseling secara percuma sepanjang tempoh belajar
Apa kelebihan pelajar yang mengikuti Program TVET ?!
- Mengajar
- Menjadi Usahawan ( buka kedai sendiri )
- Mudah mendapat tempat di dalam industri
- Mudah mendapatkan bantuan pinjaman & geran kerajaan di beberapa agensi di bawah Kementerian Keusahawanan ( Tekun , Sme Corp , MARA dan lain lain lagi )
Jadi, siapa kata pelajar yang tidak memiliki SPM atau lepasan TAHFIZ ini tidak boleh menjadi seperti anak anak muda yang mengambil aliran akademik di IPTA/S yang berjaya menggengam diploma.
Kepada IbuBapa calon juga perlu mengambil berat dan fahami secara lebih mendalam mengenai Program TVET ini agar dapat membuat keputusan yang positif terhadap perjalanan dan masa depan anak masing masing. Anak anak muda hari ini memerlukan SKILL agar dapat mereka SURVIVE masa depan mereka di masa yang mendatang oleh kerana 5 ke 6 tahun nanti pasaran kerja akan dikuasai oleh ROBOT yang akan menyebabkan penempatan pekerja di dalam industri akan semakin kecil.
Buat masa ini, saya akan meletakkan permohonan SENI KULINARI di Pusat Bertauliah Macfas Academy & Training Centre Negeri Sembilan yang merupakan Pilihan No1 Kulinari di Negeri Sembilan.
Pengambilan Pelajar Baharu : -
28 Julai 2025
Isnin
Seramai 50 Pelajar
Pendaftaran & Terus Masuk Asrama
Tiada interview ( di bawah kendalian En Ridwan )
Pendaftaran RM300 ( Bayar ketika hari pendaftaran )
Jam 930pg - 3 petang.
Tapi sebelum itu, sila hantar makluman kepada saya di Whatsup :-
NAMA -
ALAMAT LENGKAP -
NOMBOR TELIFON -
NOMBOR KAD PENGENALAN PEMOHON -
E-MAIL -
Hantar terus di whatsup saya ya - 018 3933817
En Ridwan
Bagi proses mendapatkan surat tawaran dan penerangan serba sedikit sebelum datang daftar.
Kepada yang datang daripada luar Negeri Sembilan, ada asrama disediakan oleh pihak Pusat Bertauliah.
Pelajar daripada Sabah dan Sarawak.
Boleh membuat tuntutan sebanyak RM150 untuk duit penerbangan dengan menunjukkan bukti tiket semasa hari pendaftaran nanti.
Saya boleh ambil di airport sekiranya perlu dan tiada cas tambahan dikenakan.
Semua pembayaran hanya berlaku di Pusat Bertauliah dan tidak perlu buat bayaran di luar waktu hari pendaftaran masuk. Sekiranya ada berlaku pembayaran di luar waktu pendaftaran. Boleh buat laporan polis kerana ia boleh dikategori sebagai menyalahi undang undang yg telah ditetapkan oleh JPK.
Sekiranya ada anak anak tuan dan puan yang mempunyai masalah pembelajaran, saya akan hadir dan memberi bantuan kaunseling. Sekiranya anak tuan dan puan kelaparan ketika dalam tempoh pembelajaran, saya akan hadir untuk membantu dan sudah pasti pihak Pusat Bertauliah juga tidak akan diam untuk menjaga kebajikan pelajar yang sedang menuntut ilmu di tempat mereka.
Mohon sebarkan ya !
Terima kasih saya ucapkan ya !!
πππππππππ.