01/04/2024
7 TIPS SELAMAT KENDERAAN KETIKA BALIK BERAYA
Dalam sibuk dengan persiapan raya yang hampir tiba, bab servis kereta ni kira dah jadi syarat wajib selain pakaian raya. Apatah lagi nak elak sebarang masalah ketika balik raya hingga boleh terbantut mood raya. sedihnya..
Jadi apa yang perlu kita periksa sebelum balik beraya?
1. PERIKSA TEMPOH SERVIS DAN HAD PERBATUAN
Senang cerita, apabila sampai had perbatuan atau tempoh servis (mana satu tiba dahulu), anda perlu hantar saja kereta untuk diservis. Mudahkan? Ingat, jangan bertangguh dan buat janji temu sekarang!
2. PERIKSA PARAS MINYAK ENJIN
Jika tempoh servis dan had perbatuan masih jauh, anda sebenarnya boleh buat penyenggaraan asas sendiri. Paling senang ialah periksa paras minyak enjin dengan menarik penyukat berbentuk batang pencelup (dip stick), biasanya berwarna kuning atau jingga.
Tarik dan lap dengan kain atau kertas bersih, dan celup semula.
3. PERIKSA AIR RADIATOR DAN COOLANT DI STESENG RADIATOR (gong pak jin)
Cara periksa air radiator adalah dengan membuka penutup radiator, manakala coolant (bendalir berwarna) disimpan dalam tangki reservoir berwarna putih jernih. Jika kurang, tambahkan air dan coolant hingga mencapai paras ditetapkan. Elakkan guna air paip untuk air radiator, gunakan air RO.
4. PERIKSA MINYAK BREK DAN STERENG KUASA
Tangki minyak brek biasanya terletak rapat pada dinding bahagian dalam ruang enjin. Juga berwarna putih jernah yang menampakkan isian minyak brek di dalam. Anda cuma perlu periksa paras minyak mengikut takat ditetapkan.
Antas tangki paling kecil dalam enjin yang juga berwarna putih jernih. Sesetengah model menggunakan tangki minyak stereng kuasa berwarna hitam atau gelap. Sama seperti minyak brek, anda perlu periksa paras minyak dan pastikan tiada kebocoran berlaku.
5. PERIKSA LAMPU
Ini juga antara pemeriksaan yang sangat penting untuk dimasukkan dalam senarai semak. Tanpa lampu, anda ibarat si buta yang teraba-raba dalam kegelapan. Malah anda berisiko mengundang kecelakaan jalan raya jika memandu tanpa fungsi pencahayaan yang cukup.
Sila semak:
- Lampu malap
- Lampu suluh rendah (low-beam)
- Lampu suluh tinggi (hi-beam)
- Lampu belakang
- Lampu brek+lampu brek ketiga
- Lampu signal
- Lampu kecemasan
6. PERIKSA TAYAR
Tayar ibarat nyawa kereta. Ini kerana tayar ialah komponen utama yang menggerakkan kereta. Jadi periksa bunga tayar anda mengikut indikator haus atau tread wear yang ada pada celahan bunga tayar.
7. SERVIS AIRCOND DI SOHO AIRCOND
Pemeriksaan sendiri tetap ada had kerana ada beberapa komponen yang tidak dapat anda periksa dengan sekadar melihat sahaja. Misalnya compressor. Malah, anda juga tidak boleh menambah gas sendiri jika tidak lengkap alatan bengkel.