29/11/2025
KAD LAPORAN PASUKAN MBI SELANGORโEXNโAXLA: CATAT PERKEMBANGAN POSITIF DALAM CUB PRIX 2025
Pasukan MBI SelangorโEXNโAXLA terus menampilkan kemajuan meyakinkan dalam saingan Malaysian Cub Prix 2025 menerusi kategori WIRA KBS, yang membabitkan 40 pelumba secara keseluruhan.
Pelumba Utama pasukan, Iqram Danish ( #13), menjadi penyumbang mata terbesar apabila berada di kedudukan ke-10 keseluruhan dengan 57 mata, sekali gus menunjukkan yang beliau konsisten sepanjang musim.
Seorang lagi pelumba, Arzhan Hakim ( #52) mengisi kedudukan ke-20 dengan 18 mata, hasil peningkatan prestasi yang ketara dari perlumbaan ke perlumbaan, manakala seorang lagi rakan sepasukan, Shazrilee ( #86), turut memberikan saingan yang kompetitif apabila berada di kedudukan ke-21 keseluruhan, turut mengumpul 18 mata, memastikan tiga wakil pasukan MBI Selangor-EXN-AXLA berada dalam kelompok pertengahan carta.
Jika dilihat secara keseluruhan, ini menunjukan permulaan yang positif buat pasukan yang baharu ditubuhkan tahun ini berpotensi besar untuk mencabar pasukan lain dalam saingan Malaysia Cub Prix musim 2026.
Jutaan terima kasih kepada:
YAB Datoโ Seri Amirudin Shari Dato Menteri Besar Selangor.
terima kasih penaja2;
Menteri Besar Selangor Incorporated
EXN L**e
Ashuka Gasket
RAKUDA.Bearing
Rapido Malaysia
Litar Lumba Rakyat Kuala Selangor Official
Yss Suspension
BRISK SPARK PLUG Malaysia
Timsun Offical Dealer Malaysia
City Karting - Kuala Selangor Kart Circuit
AHM MOTOR SPORTS - ah hong since 1956
R&D Performance by GRT Motorsport