21/12/2025
Meter Toyota Hilux Tak Hidup, Tapi “T-Belt Indicator” Berkelip — Ini Cerita Sebenarnya
Ada satu mesej masuk dari Sarawak.
Ringkas… tapi penuh risau.
“Bang, meter Toyota Hilux saya tak hidup langsung.
Tapi pelik… lampu T-Belt indicator berkelip-kelip.”
Dia ada urusan penting di Kuala Lumpur.
Jadi dia bawak meter yang rosak sahaja.
Sampai KL, terus dia arrange Lalamove hantar meter ke kami.
Bila meter sampai, simptom dia jelas —
meter mati total, tapi T-Belt indicator masih bernyawa.
Ini bukan masalah biasa.
Ini tanda circuit board dah mula lemah, arus tak stabil,
ada bahagian hidup… ada bahagian “hilang nyawa”.
Kebetulan hari yang sama,
saya sedang baiki meter Hilux sahabat lain.
Rezeki betul timing dia.
Saya terus ambil meter dari Sarawak tu,
pasang dan test terus pada Hilux yang ada di bengkel.
Moment paling best bila:
– meter terus menyala
– rpm naik cantik
– fuel dan temperature hidup normal
– T-Belt indicator kembali stabil
Alhamdulillah…
meter yang merantau dari Sarawak,
akhirnya hidup semula di Kuala Lumpur.
Kadang masalah meter ni tak bagi tanda besar.
Hanya satu lampu kecil berkelip…
tapi itu sebenarnya jeritan minta diselamatkan.
Kalau anda alami:
• meter Toyota Hilux tak hidup
• T-Belt indicator berkelip
• meter hidup sekejap-sekejap
Jangan tunggu sampai mati terus.
Baiki waktu masih sempat.
📩 Terus hubungi kami di sini
👉 www.wasap.my/60177201367/NakBaikiMeterHilux
Sila view kedai online kami. Terdapat banyak custom panel meter yang menarik:
a) Shopee — http://www.shopee.com.my/stmeter_shop
b) Ebay — https://www.ebay.com.my/usr/stmeter
.
.
.