16/04/2025
Maka ambil peringatan.
https://www.facebook.com/share/p/1AJm94na15/
Cerita Benar: Kisah Mekanik Teraniaya Sebab Ikut Arahan Majikan
Suatu hari, Ali (seorang mekanik) diarahkan oleh bekas majikannya untuk membawa kereta pelanggan yang tiada roadtax untuk mengambil barang dari sebuah machine shop. Sebagai pekerja yang patuh, Ali akur tanpa banyak soal. Malangnya, dalam perjalanan tersebut, Ali telah ditahan oleh pihak JPJ dan dikenakan saman kerana kereta tersebut tidak mempunyai roadtax.
Ali pun menyerahkan surat saman itu kepada bekas majikannya. Majikan berkata, “Saya dah maklumkan kepada pemilik kereta, dia akan selesaikan saman ni.” Ali pun percaya dan menyerahkan sepenuhnya kepada mereka.
Beberapa hari sebelum tarikh perbicaraan di mahkamah, Ali sekali lagi bertanya kepada bekas majikan tentang status saman itu.
“Nak pergi mahkamah ke, bang?” tanya Ali.
“Tak payah pergi, pemilik dah settlekan,” jawab bekas majikan.
Ali percaya sepenuhnya kenyataan majikannya dan tidak hadir ke mahkamah. Namun, beberapa tahun selepas itu, ketika ingin memperbaharui lesen memandu, Ali terkejut apabila mendapati namanya disenarai hitamkan kerana saman tersebut masih belum diselesaikan. Rupa-rupanya, baik pemilik mahupun majikan lama, kedua-duanya tidak pernah menyelesaikan saman tersebut.
Akhirnya, Ali terpaksa bersusah payah pergi ke mahkamah untuk menyelesaikan saman yang sudah lama tertunggak itu. Kesilapan lama akhirnya menyusahkannya di kemudian hari.
Pengajaran Penting Untuk Pomen :
1. Sentiasa Pastikan Status Roadtax & Dokumen Kereta Sebelum Memulakan Perjalanan. Jangan ambil risiko membawa kenderaan yang tiada roadtax.
2. Jangan Mudah Percaya Janji Mulut Majikan atau Pemilik Kenderaan. Pastikan segala urusan rasmi seperti saman diselesaikan secara bertulis atau mempunyai bukti pembayaran.
3. Pastikan Hadir ke Mahkamah jika Ada Saman. Jangan abaikan saman walaupun ada jaminan mulut daripada pihak ketiga. Tanggungjawab saman tetap atas nama anda sebagai pemandu.
Fisc Bengkel Kereta Sri Rampai FI Service Centre