17/11/2021
VX TIPS; Keadaan hujan yang tidak menentu pada masa kini di Malaysia menyukarkan pemanduan kita. Hujan yang terlalu lebat menyebabkan kondisi jalan raya yang mungkin dinaiki air menyebabkan jalan raya sesak dengan teruk. Berkemungkinan jika anda tidak tahu apa patut anda lakukan semasa memandu dalam keadaan air yang tinggi, kereta anda mungkin akan dimasuki air dan lebih teruk enjin anda akan dimasuki air yang menyebabkan enjin anda tidak berfungsi.
Pada hari ini, VX GARAGE ingin berkongsi sedikit tips ketika memandu meredah air yang tinggi. Terdapat 5 tips yang ingin kami kongsikan kepada anda:
• Gunakan gear yang rendah
- Bagi kereta auto, disarankan anda menggunakan gear D3 ke bawah
- Bagi kereta manual, tukar ke gear 1 sebelum meredah kawasan berair tinggi
• Pastikan kedalaman air banjir
- Pastikan dimana lokasi liang kemasukkan udara untuk enjin kenderaan anda
- Jika air masuk di enjin, masalah “Hydrolock” boleh berlaku di mana enjin akan menghasilkan bunyi yang menyayat jiwa belum diam untuk selama-lamanya
• Jangan redah air deras
- Jika air terlalu deras, tunggu sahaja. Ia lebih selamat dari kerugian harta benda atau paling teruk, mengakibatkan kematian
• Pandu dengan perlahan dan uji brek anda
- Jika anda terpaksa meredah banjir, pandu dengan perlahan tetapi jangan terlalu perlahan dan selepas meredah air, jangan memandu laju kerana brek anda perlu sedikit masa untuk kering.
• Periksa minyak enjin dan kotak gear depan dan belakang
- Periksa minyak enjin menggunakan dipstick, jika kelihatan seperti air teh ais ikat tepi, ini bermakna air sudah masuk dalam bahagian enjin
- Jangan hidupkan kereta anda, segera hubungi trak penunda dan bawa servis kenderaan anda
VX GARAGE ingin anda untuk peka dengan tips yang kami berikan ini dan semoga bermanfaat untuk anda semua. Akhir kata, VX GARAGE ingin mengucapkan “STAY SAFE AND ENJOY THE RIDE!
Winner for Award of Excellence - Automotive Franchise Category for Asia Automotive